Qatar 2022: Mampukah Wakil Asia Melangkah Gagah Ke Pusingan 16 Terakhir?

Qatar 2022

Persaingan bagi meneruskan perjuangan ke pusingan 16 pasukan terakhir Qatar 2022 semakin menarik dan begitu hampir untuk kita mengetahui nasib bagi setiap kumpulan.

Meski pun sudah ada beberapa pasukan mengesahkan tempat ke pusingan kedua namun tumpuan kita lebih terarah kepada wakil Asia kerana selepas dua perlawanan, mereka telah mencipta pelbagai kejutan ke atas lawan masing-masing.

Daripada enam wakil, lima masih mempunyai peluang tinggi untuk meneruskan kemaraan mereka. Mereka adalah Iran, Arab Saudi, Australia, Jepun dan Korea Selatan.

Sebelum ini, ramai peminat bola sepak di dunia kurang memberi perhatian kepada pasukan Asia namun selepas aksi kejutan demi kejutan, mereka mula memandang serius kelibat mereka kali ini.

Antara pasukan yang menjadi mangsa adalah Jerman, Argentina dan Wales apabila mengalami kekalahan tidak dijangka sementara Korea Selatan pula mengikat Uruguay tanpa jaringan.

Untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan, setiap pasukan harus mencatat kemenangan jika ingin layak tanpa perlu mengharapkan keputusan dari perlawanan yang lain.

xhttps://semuanyabola.com/qatar-2022-gagal-tepati-ramalan-uruguay-sekadar-terikat-tanpa-jaringan-bertemu-korea-selatan/

Kebangkitan Asia

Iran dan Australia antara wakil yang dilihat mempunyai peluang begitu tinggi untuk ke pusingan seterusnya.

Bagi kumpulan B, Iran akan bertemu Amerika Syarikat dan keputusan seri sudah memadai buat mereka.

Namun, Iran harus berhati-hati kerana lawan mereka ini masih berpeluang untuk layak. Pendahulu kumpulan, England akan turun menentang Wales dan dijangka tiada masalah untuk menang.

Untuk kumpulan C, Arab Saudi perlu bekerja keras jika berhasrat meneruskan perjuangan kerana jika mereka sekadar mencatat keputusan seri, mereka harus mengharapkan Argentina tewas aksi terakhir atau Poland kalah dengan jaringan besar.

Namun jika kemenangan berjaya dicatat, mereka tidak perlu hiraukan keputusan antara Argentina dan Poland kerana sudah pasti layak.

Bagi Australia pula, mereka hanya perlu seri dengan Denmark untuk mengiringi Perancis kerana Tunisia dilihat sukar untuk menewaskan pendahulu kumpulan D yang berada di prestasi terbaik ketika ini.

Sementara Jepun pula, mereka perlu mencipta satu lagi kejutan seperti mana ketika Jerman ditumbangkan Samurai Biru pada aksi pembukaan.

Berdepan Sepanyol, tugas berat menanti skuad Samurai Biru ini namun dengan semangat tidak mudah putus asa, tidak mustahil mereka boleh lakukan lagi.

Tetapi kalau keputusan sekadar seri, Jepun harus mengharapkan Costa Rica dan Jerman juga mencatat keputusan sama.

Meski pun akan sama mata dengan Costa Rica namun Jepun akan layak disebabkan perbezaan jaringan.

Pasukan terakhir adalah Korea Selatan. Nasib mereka hampir sama seperti Jepun namun Korea Selatan hanya ada satu pilihan saja iaitu kalahkan Portugal lebih dari dua gol dan mengharapkan Uruguay menang tipis atau Ghana dan Uruguay hanya sekadar seri.

Tiada yang mustahil

Mereka telah membuktikan tiada istilah mustahil dalam bola sepak dan pasukan mana yang kurang melakukan kesilapan dan bijak mengambil peluang, pasti kemenangan milik mereka.

Untuk aksi penutup peringkat kumpulan, kita mengharapkan wakil Asia mampu layak ke pusingan seterusnya dan membutktikan pasukan ini bukan sekadar datang untuk melengkapkan korum pasukan bertanding.

Semoga berjaya, Asia!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN