Harapan Wales untuk layak ke pusingan kalah mati saingan Piala Dunia Qatar ini sepertinya semakin sukar selepas mereka tewas 2-0 di tangan Iran sebentar tadi.
Wales wajib menewaskan England dalam aksi perlawanan terakhir mereka di peringkat kumpulan untuk menghidupkan harapan mereka layak ke pusingan kalah mati.
Gol jaringan Rouzbeh Cheshmi dan Ramin Rezaeian pada masa kecederaan membantu skuad kendalian Carlos Queiroz itu untuk menewaskan Wales dalam perlawanan ini.
IRAN SCORE IN THE 99TH AND 101ST MINUTES TO BEAT WALES pic.twitter.com/NGt2pXBxRW
— B/R Football (@brfootball) November 25, 2022
Skuad kendalian Robert Page itu jelas sekali sedar yang mereka sebenarnya wajib tewaskan Iran untuk memudahkan mereka layak ke peringkat kalah mati selepas mereka sekadar seri bertemu Amerika Syarikat sebelum ini.
Iran sementara itu turun dalam perlawanan ini dengan misi untuk menebus maruah mereka selepas dibelasah 6-2 ditangan England minggu lalu.
Turun bertemu Wales, Iran jelas sekali telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dan cemerlang menewaskan gergasi Eropah itu dengan keputusan 2-0.
Barisan midfield Wales jelas sekali gagal berfungsi dengan baik dalam perlawanan ini dan menyebabkan mereka sukar untuk memberi ancaman ke gawang Iran.
Iran were feeling it after a LATE win against Wales ❤️ pic.twitter.com/pHzYoPTMql
— B/R Football (@brfootball) November 25, 2022
Jentera serangan Wales juga tidak berfungsi dengan baik dan mereka jelas sekali tidak mampu untuk menggerunkan barisan pertahanan Iran.
Untuk layak ke pusingan seterusnya, Wales jelas sekali perlu berharap agar England akan mampu tewaskan Amerika Syarikat dan mereka perlu menumbangkan skuad The Three Lions itu dalam aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Wales juga perlu berharap agar Iran dan Amerika Syarikat hanya mampu mencatatkan keputusan seri sahaja dalam perlawanan terakhir mereka nanti.
Bercakap selepas tamat perlawanan bertemu Iran, Bale menjelaskan bahawa:
“For Iran it’s probably their biggest win since Iron Sheikh beat Bob Backlund at WrestleMania!” 🤣
“We have got to go beat England!” 👀
This Wales fan was left heartbroken after their 2-0 defeat to Iran! 👎#FIFAWorldCup #TSWorldCup pic.twitter.com/MBidLXoHVx
— talkSPORT (@talkSPORT) November 25, 2022
“Ia sangat mengecewakan, kami kecewa, tidak ada kata lain untuk menjelaskan itu. Kami berjuang hingga ke detik terakhir tapi satu hal yang pasti kami perlu terus lakukan itu.”
“Kami perlu bangkit dan terus berusaha. Kami ada satu lagi perlawanan, ia tentu saja akan sangat sukar. Kita akan lihat nanti.”
“Saya tak rasa kad merah itu betul tapi ia memang mengubah perlawanan sepenuhnya. Kami benarkan mereka jaringkan gol pertama dan gol kedua sudah tiada makna. Apa boleh saya katakan adalah kami perlu bangkit dan lakukan sekali lagi.”