Bintang Iran Ditangkap Sehari Selepas Diaibkan England

Bekas pemain dari skuad kebangsaan Iran telah ditangkap oleh pihak berkuasa negaranya kerana kesalahan beliau mengkritik kerajaan atas isu yang sedang hangat dibahaskan pada ketika ini.

Tasnim News melaporkan yang Voria Ghafouri telah ditangkap kerana didakwa menghina skuad bola sepak Iran dan turut menyebarkan kebencian terhadap kerajaan.

Beliau ditangkap sehari selepas skuad kebangsaan Iran memilih untuk tidak menyanyikan lagu kebangsaan mereka sebelum sepak mula bertemu England.

Ghafouri tidak dipilih untuk sertai skuad Piala Dunia Iran dan beliau sememangnya sudah lama aktif dalam mengkritik kerajaan Iran walau masih bermain bola sepak.

Tidak pasti sama ada beliau kecewa dirinya digugurkan dari skuad Piala Dunia atau apa masalah sebenarnya yang menyebabkan beliau semakin lantang menghentam kerajaan Iran.

Sebelum ini beliau menentang keputusan kerajaan Iran yang menghalang wanita untuk menonton aksi perlawanan bola sepak melibatkan skuad lelaki.

Beliau juga turut menentang dasar kerajaan Iran berkait warga asing dan Ghafouri sememangnya sentiasa terlibat dengan berita-berita sensasi di negaranya.

Terbaru, beliau tampil menyatakan simpatinya terhadap keluarga seorang remaja wanita berusia 22 tahun, Mahsa Amini.

Gadis tersebut terkorban selepas beliau dijatuhkan hukuman oleh pihak kerajaan pada 16 September lalu.

Kematian Amini telah mencetuskan pelbagai protest di seluruh negara terhadap kekejaman pihak kerajaan terhadap kaum wanita.

 

Ghafouri yang telah membuat 28 penampilan bersama skuad Iran itu dianggap antara pemain back kanan terhebat negaranya pada ketika ini.

Beliau kini sedang beraksi bersama Khuzestan Fooland di Selatan Bandar Ahvaz.

Skuad Iran dipuji kerana keberanian mereka untuk melakukan protest terhadap kerajaan mereka sendiri di pentas Piala Dunia.

Walau Iran menjadi mangsa belasahan England dalam perlawanan tersebut, namun aksi mereka sebelum sepak mula perlawanan berjaya mencuri perhatian peminat seluruh dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN