‘Ketegaq’ Nak Tunjuk Sokongan Kepada LGBT, Kane Payung Jam Pelangi Bernilai RM2.9 Juta

Harry Kane dilihat memakai seutas jam tangan Rolex jenis ‘Rainbow Daytona’ ketika beliau sedang berjalan masuk ke stadium sebelum sepak mula aksi pertemuan antara England bertemu Iran.

Kane sebelum ini mendedahkan yang beliau berhasrat mahu memakai armband OneLove ketika turun beraksi bertemu Iran di Khalifa International Stadium.

Beliau mahu memakai armband tersebut sebagai tanda solidariti kepada golongan LGBTQ+ yang telah diharamkan di Qatar.

Dek kerana geram dengan pengharaman komuniti tersebut, skuad England bersama beberapa lagi negara Eropah lain seperti Jerman telah memutuskan untuk memakai armband tersebut.

England kemudiannya menarik semula keputusan mereka untuk terus menunjukkan solidariti kepada komuniti tersebut kerana bimbang dengan ancaman dari FIFA.

Pihak FA telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan bahawa:

“FIFA telah memberi amaran yang sangat jelas bahawa mereka akan mengenakan hukuman kepada ketua pasukan kita andai beliau memakai armband tersebut di padang permainan.”

“Sebagai Persatuan bola sepak England, kami tidak boleh meletakkan pemain kita di dalam posisi di mana dia boleh dikenakan hukuman termasuk dilayangkan kad kuning. Jadi kami telah meminta ketua pasukan kami supaya tidak memakai armband tersebut dalam mana-mana perlawanan di pentas Piala Dunia.”

Tulis kenyataan dari FA England.

“Kami sudah bersedia untuk membayar denda kerana ia bakal dikenakan jika disabit kesalahan melibatkan kit dan kami memang sangat berhasrat mahu memakai armband itu. Walau bagaimanapun, kita tak boleh letakkan pemain kita dalam situasi dia boleh kena kad kuning atau mungkin akan dipaksa meninggalkan padang.”

“Kami sangat kecewa dengan keputusan FIFA yang mana ia tak pernah berlaku sebelum ini. Kami menulis surat kepada FIFA pada September untuk menyatakan hasrat kami kepada mereka untuk memakai armband OneLove dalam usaha untuk menyokong kesamaan dalam bola sepak tapi kami tak dapat jawapan.”

“Pemain kami dan jurulatih sangat kecewa. Mereka sangat menyokong hak kesamaan dan mahu menunjukkan sokongan dengan cara berbeza.”

Mungkin kerana tak dapat memakai armband tersebut, Kane dilihat terlalu batak untuk menyokong komuniti tersebut dengan beliau memakai jam pelangi sebagai tanda protest kepada FIFA.

Daily Mail melaporkan yang Kane sengaja menunjukkan jam tersebut kerana beliau mahu memprotest keputusan FIFA yang tak membenarkan beliau memakai armband OneLove.

Gambar Kane memakai jam tersebut sebenarnya tular di laman Instagram beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan England bertemu Iran.

Sebuah akaun yang memiliki 700 ribu pengikut di laman Instagram memuat naik gambar tersebut dengan menulis:

“Ketua pasukan England @Harrykane memakai jam rare @Rolex Daytona ‘Rainbow’ 116595RBOW 18k rose gold, antara jam terhangat dalam pasaran ketika ini.”

“Karya agung ini ditetapkan dengan 36 nilam pelangi potongan baguette pada bezel, 56 berlian potongan indah di luaran dan 11 nilam berwarna pelangi menghiasi jam tersebut.”

“Jam Daytona Rainbow pertama telah dikeluarkan pada tahun 2012 lalu dengan 18k emas putih dan 18k emas kuning, dan pada ketika itu jam ini tidak begitu diminati di pasaran.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN