Jerman secara rasminya sudah tersingkir dari saingan Piala Dunia pada tahun ini dan ia merupakan kali kedua berturut-turut mereka kecundang di peringkat kumpulan.
Skuad kendalian Hansi Flick itu sebenarnya dianggap sebagai antara calon kegemaran untuk menjuarai saingan Piala Dunia pada tahun ini.
Walau bagaimanapun, perkara paling mencuri tumpuan yang mereka lakukan di Qatar pada tahun ini bukanlah aksi mereka di atas padang, sebaliknya kontroversi mereka di luar padang yang lebih menjadi topik perbualan hangat para peminat.
Arsène Wenger has made the staggering claim that Germany’s premature exit from this World Cup was a consequence of their focus on “political demonstrations” rather than football https://t.co/1G1cjLOFHG
— The Times and The Sunday Times (@thetimes) December 4, 2022
Skuad Jerman dikatakan seolah-olah lebih memberikan tumpuan kepada bantahan mereka ke atas FIFA berbanding memenangi kejohanan pada tahun ini.
Antara hal paling dungu yang dilakukan oleh skuad Jerman pada tahun ini adalah detik ketika mereka menutup mulut sebelum sepak mula bertemu Jepun di peringkat kumpulan.
Skuad Jerman melakukan ritual tersebut sempena menunjukkan solidariti kepada golongan bercinta sesama sejenis.
Menurut sumber laporan dari The Athletic, pihak FA Jerman sendiri sudah mengesahkan yang tindakan pemain Jerman itu sebenarnya mengundang ketidakharmonian dalam bilik persalinan mereka.
Qataris when Germany got knocked out of the World Cuphttps://t.co/1QYod4XZhm
— Total Football (@TotalFootbol) December 2, 2022
Menurut satu muat naik dari laman rasmi mereka, FA Jerman mendedahkan bahawa:
“Ia bukan berdasarkan kenyataan politik. Hak asasi kemanusiaan tidak boleh di bawa main. Ia tak sepatutnya dipandang rendah, tapi itu bukan masalah utama. Dan kerana itulah pesanan ini sangat penting untuk kami.”
Tulis kenyataan dari media rasmi kelab bola sepak Jerman.
Tindakan skuad Jerman itu bukan hanya dihentam oleh para peminat, dengan ada juga barisan pemain bintang yang turut menghentam tindakan mereka itu.
GERMANY ARE ELIMINATED FROM THE WORLD CUP 😵❌ pic.twitter.com/XLX6OzyoDa
— ESPN FC (@ESPNFC) December 1, 2022
Bintang Belgium, Eden Hazard turut mempertikaikan tindakan skuad Jerman itu dan menganggap mereka sepatutnya memberi tumpuan kepada bola sepak berbanding hal-hal berkait politik.
Skuad Jerman semakin dihentam lebih teruk selepas kegagalan mereka untuk layak ke pusingan kalah mati dengan mereka sekadar tersingkir dalam saingan peringkat kumpulan.
Menurut sumber laporan dari Fox Sport, bilik persalinan Jerman menjadi sangat huru-hara selepas insiden tersebut kerana ada beberapa pemain yang menolak untuk melakukan hal tersebut.
Penyampai TV tempatan, Esther Sedlaczek, bilik persalinan skuad Jerman sudah menjadi sangat huru-hara selepas insiden tersebut.
Arsene Wenger has bizarrely claimed that teams like Germany who carried out “political demonstrations” were more likely to be eliminated at the group stage of the World Cup. pic.twitter.com/uaufmajF9D
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) December 4, 2022
Bercakap dalam temu bual bersama Sedlaczek, football director skuad kebangsaan Jerman, Oliver Bierhoff mendedahkan bahawa:
“Kenyataannya, menurut sumber dalaman kami, bukan semua pemain yang mahu melakukan hal tersebut (menunjukkan gesture menutup mulut) ketika aksi bertemu Jepun dan mereka sendiri bimbang itu sebenarnya hal yang mencetuskan huru-hara dalam skuad pada ketika ini.”
Jelas Bierhoff ketika beliau ditanya tentang impak tindakan mereka melakukan gesture tersebut sebelum sepak mula bertemu Jepun.
Bierhoff turut mengakui yang hal tersebut sebenarnya boleh dikawal dengan lebih baik dan suasana bilik persalinan mungkin tidak akan menjadi huru-hara.
“Tanpa keraguan, kami sepatutnya boleh mengendalikannya dengan lebih baik. Sama ada itu punca utama kami tersingkir atau tidak, ia perkara berbeza.”
Since winning the 2014 final, Germany have won just ONE World Cup match 😳 pic.twitter.com/yy8xYqkJ82
— ESPN UK (@ESPNUK) December 2, 2022
Beliau turut meluahkan rasa kecewanya terhadap penyingkiran Jerman dengan menyatakan:
“Jelas sekali kekecewaan itu sangat besar dan kamu boleh rasa kemarahan itu. Kemarahan selepas melihat tiga perlawanan itu, saya rasa semuanya di tangan kita sendiri untuk selamat dari peringkat kumpulan. Ia bermula dari perlawanan pertama dan itu paling mengecewakan.”
“Kami mampu kawal Jepun sepenuhnya, tapi kesilapan 20 minit akhir menghukum kami.”
“Kita semua sama sahaja. Ia bukan tentang siapa yang perlu dipersalahkan, para pemain sudah berikan segalanya, tapi pada akhirnya kamu perlu sedar yang ia memang tak mencukupi.”