Punca Sebenar Harry Kane Beraksi Hambar Musim Ini

Punca sebenar Harry Kane beraksi hambar musim ini adalah kerana beliau tidak sesuai dengan corak permainan yang diterapkan oleh pengurus baharunya, Nuno Espirito Santo.

Ia merupakan dakwaan yang dilakukan oleh bekas bintang England, Gabby Agbonlahor yang merasakan beliau tahu sebab dan alasan Kane beraksi hambar musim ini.

Beliau antara pemain penyerang paling tidak berprestasi sepanjang musim ini dalam saingan Premier League, bahkan statistik yang Kane catatkan juga lebih teruk dari segelintir pemain yang bermain di posisi pertahanan.

Cesar Azpilicueta, Thiago Silva dan Marcos Alonso kesemuanya berjaya melakukan lebih banyak sentuhan dalam kotak penalti lawan berbanding Kane dalam perlawanan pada awal pagi tadi.

Apa yang lebih teruk lagi, Kane masih belum mampu untuk menjaringkan sebarang gol dalam saingan Premier League musim ini.

Buat pertama kalinya sejak musim 2015/16, Kane gagal untuk menghasilkan sebarang jaringan dari empat perlawanan pertamanya dalam saingan liga.

Beliau bahkan hanya mampu mencatatkan empat percubaan sahaja dari kesemua empat penampilan dalam saingan Premier League musim ini, dan ia merupakan satu hal yang menyeramkan.

Selepas tamat aksi kekalahan bertemu Chelsea awal pagi tadi, Roy Keane telah mengkritik persembahan Tottenham Hotspur secara keseluruhannya dan turut bercakap tentang persembahan Kane.

Beliau bermula dengan memuji aksi dan persembahan dari pasukan pelawat dengan menyatakan:

“Saya rasa Chelsea sungguh menakjubkan, kita tahu tentang mereka, kualiti sebenar mereka, tenaga mereka, keinginan mereka.”

“Saya tak boleh percaya bagaimana teruknya Spurs, tapi bagi saya kamu boleh bersantai dan hilang sedikit kualiti, cuma tiada keinginan seperti apa kita lihat dari kesemua tiga gol mereka bolos. Terlalu teruk untuk dimaafkan.”

“Perlawanan sepanjang 90 minit, mereka buat yang terbaik pada aksi babak pertama, itu tidak menjadi masalah. Ia semua bergantung kepada nasib kamu dalam perlawanan itu, kamu boleh hadapi kesukaran, bertahan dan selamat, kekal dalam permainan.”

Jelas bekas ketua pasukan Manchester United itu.

“Chelsea merupakan sebuah pasukan yang menakjubkan termasuk pertukaran pemain yang mereka lakukan, kualiti yang sempurna.”

Keane kemudiannya mendedahkan tentang Kane dan rakan sepasukannya dengan menyatakan:

“Saya tiada masalah dengan Tottenham hilang kualiti, termasuk bahasa tubuh Kane pada hari ini, persembahan Kane hari ini, oh tuhanku.”

“Saya agak bengang melihat Spurs beraksi, kamu bercakap tentang bola sepak, gol kedua itu bawa perbezaan antara keinginan dan mahu menang dalam perlawanan bola sepak dengan tidak.”

“Para pemain Tottenham bahkan tidak melakukan hal yang asas, saya bercakap tentang menjaga seseorang, letakkan diri kamu di tempat yang betul, mungkin pengurus atau siapa saja staff yang ada perlu beritahu pemain untuk berhenti fikir hal lain, letakkan jiwa mereka dalam perlawanan itu.”

Graeme Souness turut bersependapat dengan Keane dan menyatakan:

“Kita bercakap tentang Chelsea dan bagaimana indahnya permainan mereka, mereka melakukan hal yang asas tapi dengan betul, hentikan serangan, melakukan hadangan dan mengasak bersama.”

“Spurs dilihat seperti sebuah pasukan yang tidak ada kesefahaman, mereka melakukan kesilapan mudah yang membawa kepada gawang mereka dibolosi, di tahap ini kamu tak sepatutnya lakukan kesilapan seperti itu berulang-ulang kali.”

Kane hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dalam saingan UEFA Conference League baru-baru ini sejak rundingan perpindahannya ke Etihad bertemu kegagalan.

Beliau juga gagal untuk memberikan sebarang impak positif untuk skuad Tottenham Hotspur sepanjang musim ini.

https://twitter.com/FPL_Ross/status/1437103360470040589?s=19

Spurs berjaya mencatatkan tiga kemenangan dari tiga perlawanan awal liga, namun mereka kecundang ketika beraksi bertemu Crystal Palace sebelum ini dan menjadi mangsa Chelsea dalam pertembungan awal pagi tadi.

Bekas pemain kebangsaan England dan Aston Villa, Gabby Agbonlahor tampil mendedahkan tentang perbezaan yang beliau nampak pada Kane musim ini.

Beliau mendedahkan pandangan peribadinya tentang mengapa Kane dilihat tidak berkesan dengan corak permainan Spurs musim ini.

“Dia patut beritahu pada Dele Ali dan Lucas Moura yang dia perlu lebih banyak sokongan dan dia tak dapat bola jadi dia terpaksa turun ke bawah.”

Jelas Agbonlahor kepada talkSPORT.

“Kane juga perlu lihat pada pemain sayap dan full-back untuk melepasi pemain sayap lawan dan dapatkan bola hantaran lintang dari kawasan yang tepat, tapi saya rasa Kane patut lebih bermain sebagai penyerang dan kurang bermain di kawasan nombor 10.”

“Paling penting, dia perlu tengok pada diri dia sendiri dan berhenti turun terlalu bawah, ia mungkin berkesan dalam sesebuah perlawanan, tapi saya perasan baru-baru ini dia terlalu kerap ke bawah, kalau tengok pemain macam Lukaku, dia turun ke bawah juga tapi dia akan sentiasa ada dalam kotak, Kane tak berada di situ.”

Kane walau bagaimanapun berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya ketika beraksi bersama skuad kebangsaan England baru-baru ini.

Beliau berjaya menjaringkan tiga gol dari tiga perlawanan ketika rehat antarabangsa pada September ini, yang mana ia membuktikan yang beliau tidak sesuai dengan taktikal Nuno Espirito Santos.

Jadi tidak salah untuk katakan yang dakwaan dari Agbonlahor tentang mengapa Kane beraksi hambar pada musim ini adalah kerana beliau tidak bermain dengan corak permainan yang betul.

Dakwaan dari legenda Aston Villa itu sepertinya boleh diterima pakai dengan Kane jelas tidak serasi dengan taktikal dan pendekatan yang diguna pakai oleh Nuno Espirito Santo.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN