Pulisic Dianggap Pemain Yang Tidak Berguna Dan Tak Boleh Dipercayai

Christian Pulisic dianggap pemain yang tak boleh dipercayai dan tidak berguna sama sekali untuk skuad kebangsaan Amerika Syarikat.

Bintang Chelsea itu dihentam teruk oleh legenda Amerika yang sama sekali tidak gembira melihat aksi Pulisic menjelang bermulanya pentas Piala Dunia pada musim sejuk nanti.

Amerika Syarikat gagal untuk menjaringkan sebarang gol dalam aksi antarabangsa pada musim panas ini selepas mereka mencatatkan kekalahan 2-0 di tangan Jepun dan seri tanpa jaringan bertemu Arab Saudi.

Ketua pasukan, Christian Pulisic hanya diturunkan beraksi dalam aksi pertemuan bertemu Arab Saudi dan beliau jelas sekali gagal memberi impak seperti apa yang diharapkan.

Legenda Amerika Syarikat, Brian Dunseth tampil menghentam Pulisic tanpa belas ketika bercakap dalam podcast miliknya, dengan menganggap bintang Chelsea itu sebagai pemain yang tak boleh diharapkan.

“Kamu tak boleh percaya pada Pulisic.”

Jelas Brian Dunseth.

“Semakin kuat naluri kamu mahu mempercayai Pulisic, maka semakin semua orang bersemangat untuk percaya yang dia boleh lakukan segala-galanya.”

“Ketika itu berlaku, dia akan rasa dia mampu lakukan tapi kenyataannya tidak.”

“Dia seorang pemain yang sangat bagus tapi dia sekadar penyeri sahaja. Dia bukan perkara utama dan itu adalah hal yang perlu semua orang faham.”

Gol terakhir yang berjaya Pulisic jaringkan di pentas antarabangsa adalah ketika aksi bertemu Panama pada Mac lalu, yang mana beliau ketika itu cemerlang mencatatkan hat-trick untuk bantu Amerika menang 5-1.

Pemain berusia 24 tahun itu juga kini bukan lagi pemain utama The Blues dan beliau sepertinya sangat terdesak mahu meninggalkan Stamford Bridge sejak dari jendela perpindahan musim panas lalu lagi.

Brian Dunseth juga turut percaya yang Pulisic sekadar penambah rencah sahaja kepada skuad yang diwakilinya dan tidak layak untuk dianggap bintang utama.

Bekas pemain pertahanan Amerika Syarikat itu juga turut membandingkan kemampuan Pulisic dengan bintang Denmark Christian Eriksen.

Pemain midfield Manchester United, Eriksen telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan untuk Denmark ketika menewaskan Perancis 2-0 kemarin.

Dunseth mendedahkan bahawa:

“Christian Pulisic jadikan skuad kamu semakin baik, tapi Christian Pulisic tidak akan menjadi pemain yang setanding Christian Eriksen untuk skuad Amerika Syarikat.”

“Pemain itu (Eriksen) menjadi pemain yang menentukan tempo, menghubungkan pemain, dia pemain yang mampu hasilkan sesuatu dari situasi mustahil, dia mampu membuat hantaran akhir yang dasyat dan dia konsisten melakukan itu.”

Pulisic sementara itu sudah membuat 52 penampilan bersama skuad kebangsaan Amerika Syarikat dan beliau turut digelar ‘Captain America’ kerana mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.

Amerika Syarikat akan beraksi dalam saingan peringkat kumpulan B di pentas Piala Dunia bersama England, Iran dan Wales.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN