Lebih seminggu berada di Johor Bahru, pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto menegaskan mereka sudah bersedia dengan aksi Liga Super yang bakal bersambung.
Sabah bakal berdepan cabaran PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada malam ini dan bertekad mahu membalas dendam atas kekalahan tipis 0-1 mereka dalam pertembungan pertama di Kota Kinabalu pada Mac lalu.
Ia berdasarkan persediaan rapi selama rehat dua bulan ini disamping pengajaran berharga yang didapati daripada kem latihan yang dijalankan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II. Ujar Kurniawan, “Kita sudah bersiap sedia mencipta kemenangan.”
“Semua pemain kini berada pada tahap kecergasan 100 peratus dan ini menjadi penyumbang utama bagi misi mencapai kemenangan di gelanggang lawan ketika menentang PJ City FC,” ujarnya yang yakin dengan kemampuan para pemainnya.
Pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto akui berpuas hati apabila dua aksi persahabatan menentang Johor Darul Ta'zim II di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin mencapai matlamat skuad The Rhinos tersebut. #sinarharianhttps://t.co/GzjWqVgpl3
— SinarHarian (@SinarOnline) July 20, 2021
“Lagipun kita sudah mempunyai tempoh rehat yang secukupnya dengan mengadakan beberapa siri perlawanan untuk menguji tahap keserasian pemain,” jelas Kurniawan.
Rentak baik The Rhinos tidak kalah dalam lima perlawanan telah direncatkan dengan kekalahan kepada Kedah Darul Aman FC dalam aksi terakhir sebelum liga berehat. Mereka meraih 11 mata daripada lima perlawanan sebelum tewas 0-1 kepada Kedah.
Ini menunjukkan Sabah sedang dalam fasa terbaik dan ketika ini mereka berada di kedudukan ke-7 Liga Super dengan 16 mata selepas 13 perlawanan. Mereka hanya dipisahkan tiga mata daripada Selangor FC di kedudukan kelima dan KL City (17 mata).
"Perlawanan latihan persahabatan amat penting bagi mencari keserasian, kelebihan serta kelemahan."#AWANInews #AWANI745https://t.co/6VVccEL7ys
— Astro AWANI (@501Awani) July 18, 2021
Lawan mereka, PJ City pula berada satu tangga di belakang mereka, dibezakan hanya satu mata. Jika mereka kalah malam ini, PJ City akan memintas kedudukan mereka dan mungkin Sabah akan melalui semula fasa sukar sebagaimana di awal musim.
Kurniawan turut mengakui aksi pertama tentunya sukar buat anak buahnya selepas rehat yang panjang. Ujarnya kepada Sinar Harian, “Saya percaya dengan kemampuan pemain-pemain Sabah, mereka sebenarnya boleh tapi memang berat [sukar] la.”
“Sebab permainan pertama mereka ini tentu pemain akan merasa tekanan,” ujarnya selepas selesai dua perlawanan persahabatan yang mereka lalui berdepan JDT II di Stadium Larkin yang menyaksikan mereka menang sekali dan tewas sekali.
Dalam aksi pertama, menurunkan kesebelasan terbaik, Sabah meraih kemenangan 3-1, sebelum tewas 0-2 apabila menurunkan skuad keduanya. Beliau telah menguji 26 pemain Sabah yang terbang bersamanya ke Johor Bahru dalam aksi tersebut.
Dalam aksi pertama, tiga gol Sabah telah diledak Park Tae-soo, Josip Ivancic dan Bobby Gonzales dan dapat dilihat formasi taktikal yang diletakkannya adalah 4-5-1 dengan Amri Yahya dan Saddil Ramdani menjadi pemain kunci di bahagian sayap.
Beliau turut berasa ‘gembira’ apabila pengendali PJ City turut menganggap kedua-dua pemain itu sebagai pemain berbahayanya. Ujarnya, “[Ia] pasti menguntungkan kami, sebab pemain lain boleh mengambil kesempatan [untuk meledak gol].”
Baca lagi artikel lain mengenai Sabah FC:
Kurniawan Katakan Aksi Sabah Luar Biasa, Amri Yahyah Juga Ikut Luar Biasa!
Nazirul Naim Sah Ke Sabah, Perak FC Ibarat ‘Kapal Tenggelam’