PSSI Ajak Jerman Bertarung Lawan Indonesia

PSSI

Selepas berjaya mengadakan perlawanan menentang masyhur dengan bertemu juara dunia iaitu Argentina, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kini dalam perancangan untuk menentang sebuah gergasi Eropah selepas ini.

Sebelum ini, PSSI pernah cuba untuk membawa Portugal ke Jakarta bagi mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan melibatkan pasukan utama dunia.

Namun begitu, perkembangan untuk membawa Portugal berkemungkinan tidak akan menghasilkan apa-apa dan PSSI dalam perancangan untuk membawa Jerman pula ke Indonesia.

Menurut laporan ASEAN Football, PSSI dalam misi membawa juara dunia pada 2014 itu dengan wakilnya iaitu Arya Sinulingga mengatakan persatuan itu sudah pun berhubung dengan FA Jerman berkenaan potensi mengadakan perlawanan persahabatan antara dua negara.

FA Jerman pula dikatakan berminat dengan tawaran tersebut dan ingin memberikan kerjasama baik kepada PSSI supaya satu tarikh boleh dicari dan dijadikan masa untuk dua negara ini bertembung.

Sekiranya ianya berlaku, maka sekali lagi Indonesia bakal menjadi tumpuan dunia apabila menjadi tuan rumah kepada satu lagi juara dunia dengan kebanjiran ribuan penyokong Garuda pastinya akan memenuhi segenap ruang Stadium Gelora Bung Karno.

Sebelum ini, Argentina datang ke Indonesia sebagai sebahagian daripada jelajah Asia mereka dengan sebelum itu  skuad Lionel Scaloni menentang Australia di China.

Di Jakarta, mereka berjaya menewaskan Indonesia dengan jaringan 2-0.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN