Dewa United Tampil Cipta Kejutan Untuk Terajui Carta Liga 1 Indonesia

Dewa United tampaknya ketika ini menjadi salah satu pasukan paling mencuri tumpuan dalam saingan Liga 1 Indonesia, selepas tampil dengan prestasi sangat memberansangkan dalam setiap perlawanan dihadapi mereka.

Jika diikutkan, musim lalu pasukan tersebut menamatkan saingan liga dengan kurang memberansangkan untuk menghuni kedudukan ke-17 daripada 18 pasukan yang bertanding tanpa sebarang kejayaan membanggakan.

Namun, ianya tampil dengan begitu berbeza selepas kini mereka berjaya mendahului carta liga dengan cemerlang tanpa sebarang kekalahan daripada empat aksi diharungi mereka.

Malah, Dewa United juga sudah pun berdepan dengan tiga pasukan gergasi Indonesia pada awal musim ini iaitu Arema FC, PSM Makassar, serta Persib Bandung bersama rekod cukup menyakinkan.

Tampil dengan sentuhan daripada bekas pengendali Galatasaray iaitu Jan Olde Riekerink, Dewa United menampilkan corak permainan cukup menghiburkan untuk menguasai permainan serta kreatif di posisi serangan.

Jika dilihat pada senarai pemain Dewa United musim ini, mereka tidak begitu mewah dengan bintang-bintang kebangsaan selain mempunyai Ricky Kambuaya serta Egy Maulana Vikri sahaja yang dikenali ramai.

Selebihnya pasukan tersebut diwakili oleh ramai bekas tonggak kebangsaan Indonesia yang semakin berusia namun memberi impak cukup baik untuk prestasi semasa pasukan.

Musim ini juga menyaksikan Dewa United menandatangani enam pemain import termasuk pertahanan kental Malaysia iaitu Junior Eldstal bagi kuota Asean.

Selebihnya pemain seperti Risto Mitrevski, Majed Osman, Dimitri Kolovos, Sonny Stevens, serta penyerang berbisa mereka musim ini Alex Martins dari Brazil berjaya memberi kesan cukup baik buat pasukan.

Tumpuan pastinya terarah kepada Alex Martins yang setakat ini telah pun meledak lima gol secara keseluruhan daripada empat perlawanan dihadapi Dewa United.

Tampil dengan sangat garang, bekas penyerang Jeonnam Dragons ini dijangka akan terus meledak gol buat Dewa United untuk memastikan kemenangan buat mereka.

Seterusnya, Ricky Kambuaya yang pernah mengalami penurunan daripada segi prestasi pada musim lalu tampil sebagai kunci utama buat Dewa United, menerusi persembahan cemerlang beliau di posisi tengah bertahan untuk merosakkan bentuk serangan lawan.

Dengan kehadiran Eldstal yang sah menjadi rekrut terbaharu Dewa United, skuad tersebut tampak sangat lengkap di segenap posisi untuk tampil selaku pencabar baharu saingan Liga 1 Indonesia musim ini, sekali gus mewujudkan persaingan sengit bersama kelab lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN