TERKINI: Bojan Hodak Sertai Persib Bandung

Bojan Hodak

Selepas pengumuman pemergian beliau daripada Kuala Lumpur City (KL City), pengendali daripada Croatia iaitu Bojan Hodak bakal mengemudi pasukan Indonesia iaitu Persib Bandung.

Kehadiran Hodak ke Persib pastinya akan menambah sengat dan seri saingan Liga 1 Indonesia apabila jurulatih berkaliber itu akan melatih salah sebuah pasukan terulung negara tersebut.

Dalam kenyataan rasmi kelab, Persib mengatakan yang kehadiran Hodak di peringkat awal saingan domestik negara itu diharapkan dapat menzahirkan magis yang dibuat olehnya sebagaimana ketika bersama-sama KL City.

“Jurulatih berasal daripada Croatia akan mengetuai Persib dalam mengharungi pertandingan Liga 1 musim ini.

“Semoga sentuhan magisnya mampu membawa Persib bangkit dan berprestasi tinggi,” kata Persib dalam kenyataan mereka.

Walaupun membawa pasukan berbajet kecil, tetapi Hodak mampu memimpin KL City ke tiga perlawanan akhir iaitu Piala Malaysia 2021, Piala AFC 2022 dan Piala FA 2023.

Legasi gemilang Hodak begitu hebat di Cheras bakal diteruskan bersama Bandung dengan dukungan kuat oleh para Bobotoh pastinya akan mengiringi episod beliau di sana.

Semoga berjaya di Persib Bandung, Bojan Hodak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN