Manchester United percaya Marcus Rashford boleh dilepaskan dengan yuran perpindahan bernilai £120 juta selepas mereka sedar Paris Saint Germain sangat berminat mahu mendapatkan pemain penyerang itu.
Gergasi Ligue 1 itu hanya menawarkan separuh daripada nilai £120 juta itu kepada Red Devils dan jelas sekali mereka mungkin tidak akan sanggup mengeluarkan dana yang terlalu besar untuk mendapatkan Rashford.
Pemain penyerang berusia 24 tahun itu masih mempunyai baki kontrak selama satu tahun bersama Manchester United dan beliau sepertinya mungkin tidak akan ditawarkan kontrak baru oleh pihak kelab.
🚨 Manchester United value Marcus Rashford at more than £120 million amid PSG interest. pic.twitter.com/mlkYAi0vbD
— SPORTbible (@sportbible) August 12, 2022
L’Equipe mendakwa yang ejen Marcus Rashford telah mengadakan rundingan bersama PSG, dan berharap agar ia akan berakhir dengan kejayaan.
Wartawan dari Perancis, Julien Laurens sementara itu mendedahkan yang Marcus Rashford sendiri sememangnya sangat berminat mahu mendapatkan cabaran baru dalam kariernya dan perpindahan meninggalkan Old Trafford merupakan antara hal yang mahu beliau lakukan.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang rundingan rasmi yang berlangsung antara kedua-dua kelab, PSG dah Manchester United berkait urusan perpindahan tersebut.
Bahkan, United tidak bercadang sama sekali untuk memulakan rundingan dalam masa terdekat ini dan mahu memberi peluang kepada Rashford untuk buktikan sesuatu.
PSG are interested in signing Marcus Rashford and have already started discussions with his camp, reports @lequipe pic.twitter.com/4M26fnYYcP
— B/R Football (@brfootball) August 11, 2022
Seandainya Rashford mampu membuktikan sesuatu, pihak kelab berkemungkinan akan segera menawarkan kontrak baru kepadanya sebelum berakhirnya musim baharu ini.
Sejak musim lalu, Marcus Rashford jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dan beliau juga merupakan antara pemain yang paling teruk dihentam oleh peminat.
Walaupun beliau hangat dikaitkan dengan bakal dilepaskan pada jendela perpindahan musim panas ini, namun pihak kelab sepertinya masih memberi kesempatan kepada beliau untuk beraksi pada musim baharu ini.
ESPN turut melaporkan yang PSG sanggup menawarkan gaji yang sungguh luar biasa lumayan kepada Rashford, namun seperti yang dinyatakan di atas, tiada rundingan rasmi yang dilakukan oleh kedua-dua kelab.
"It’s time for a fresh start."
Marcus Rashford told to leave Manchester United amid PSG links or 'stagnate' at Old Trafford #MUFC https://t.co/RV5DJwM27T
— talkSPORT (@talkSPORT) August 12, 2022
Laporan sama turut mendedahkan yang PSG menilai harga pasaran Rashford adalah sekitar £60 juta, sementara Man United pula meletakkan tanda harga dua kali ganda lebih mahal dari itu.
Pemain kebangsaan England itu beraksi dengan sangat cemerlang ketika aksi pra-musim baru-baru ini dengan peminat turut percaya beliau sudah berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya di bawah kendalian Erik Ten Hag.
Rashford sendiri turut menganggap yang persiapan skuad Man United untuk menghadapi musim baharu ini sebenarnya sangat priceless.
“Bagi saya secara peribadi, sangat tak ternilai untuk lalui pra-musim seperti mana yang saya lalui.”
Jelas Rashford kepada PA pada Julai lalu.
PSG have made contact with Marcus Rashford over a potential move, sources have confirmed to @LaurensJulien. pic.twitter.com/qLIAEccaJy
— ESPN FC (@ESPNFC) August 11, 2022
“Kadang kala saya tak begitu peduli tentang itu kerana kebiasaannya kita ada perlawanan pada musim panas, jadi permulaan musim baharu hanya umpama sambungan dari musim sebelumnya.”
“Tapi tahun ini saya ada masa untuk berehat, tenangkan mental dan fizikal dan kemudian sekarang saya lalu pra-musim yang sempurna. Saya rasa sangat teruja. Saya berbangga kerana saya mampu lakukan itu.”