Man United Sedang Dalam Usaha Untuk Melengkapkan Pembelian Bintang Juventus

Man United pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk mendapatkan khidmat bintang Juventus, Adrien Rabiot sebelum jendela perpindahan musim panas ini ditutup.

Menurut sumber laporan dari The Athletic, Manchester United pada ketika ini memilih Rabiot sebagai pemain yang akan ditandatangani pada jendela perpindahan musim panas ini selepas kegagalan mereka mendapatkan Frenkie de Jong.

Kontrak pemain berusia 27 tahun itu bersama skuad The Old Lady itu akan tamat pada musim panas tahun hadapan, dan beliau pada ketika ini sedang berada dalam radar Man United.

Erik ten Hag sendiri pada ketika ini sedang dalam usaha beliau untuk mencari jalan terbaik bagi memperkuat skuad beliau.

Jelas sekali beliau sangat memerlukan pemain midfield dan kerana itulah beliau membuang masa terlalu lama untuk mengejar Frenkie de Jong.

Selepas usaha untuk mendapatkan De Jong hampir menemui jalan buntu, Man United pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk mendapatkan khidmat Rabiot.

Man United juga perlu untuk bersetuju dengan syarat peribadi dengan Rabiot yang kini dianggap sebagai pemain sasaran utama Erik ten Hag.

Bekas bintang Paris Saint Germain itu sudah beraksi bersama Juventus sejak dari tahun 2019 lalu dan beliau turut sudah membuat 129 penampilan untuk gergasi Itali itu.

Laporan yang mengaitkan Rabiot dengan skuad The Red Devils itu tular selepas melihat Manchester United tewas 2-1 di tangan Brighton dalam aksi saingan Premier League malam semalam.

Man United jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan tersebut.

Posisi midfield merupakan antara bahagian paling bermasaalah dan menyebabkan United sukar untuk mengikut tempo permainan yang diterapkan oleh skuad kendalian Graham Potter itu.

Fred dan Scott McTominay sebelum ini dipuji kerana berjaya mempamerkan aksi persembahan yang dasyat ketika pra-musim baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, ketika aksi bertemu Brighton semalam, kedua-dua pemain itu gagal untuk mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka dan kerana itulah ramai yang percaya Man United sememangnya sangat terdesak mahu mencari pemain baru.

Kerana terlalu sukar untuk mendapatkan De Jong, maka Man United kini memilih untuk mencari Rabiot dan mereka turut yakin bintang Perancis itu merupakan pemain yang boleh diharapkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN