L’Equipe Laporkan PSG Bakal Adakan Rundingan Dengan Monaco Untuk Mbappe

Sebelum ini AS Monaco memberitahu kepada media bahawa mereka tidak akan menjual sebarang pemain mereka ke PSG. Ini selepas PSG menghantar bidaan untuk Fabinho.

Hal ini kerana, ia secara tidak langsung akan membantu menguatkan pesaing mereka.  Monaco mengarahkan agar PSG melupakan sahaja hasrat mereka untuk mendapatkan pemain mereka walaupun dengan tawaran yang lebih baik.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi seakan-akan tidak selesa dengan dasar oleh Monaco ini. Beliau akan cuba berunding dengan pemilik AS Monaco untuk perpindahan pemain darip Monaco.

Namun begitu, PSG bukan untuk kembali kepada Fabinho sebaliknya mereka mahu mendapatkan Kylian Mbappe.

Pengarah Sukan PSG, Antero Henrique antara individu yang sedang merancang pertemuan dengan pihak AS Monaco.

Mungkin PSG akan cuba memasukkan beberapa klausa khas untuk Kylian Mbappe. Pemain berusia 18 tahun ini menjadi sasaran sensasi dalam jendela perpindahan kali ini.

(Photo by Dave Winter/Icon Sport)

AS Monaco menegaskan mereka tidak akan menjual Kylian Mbappe. Ini kerana mereka tidak mahu kehilangan penjaring utama mereka.

Paris Saint Germain kekal realistik yang mereka akan mampu memiliki Kylian Mbappe mengatasi pesaing mereka yang lain termasuk Real Madrid dan Arsenal.

Musim lalu, PSG menamatkan liga di belakang AS Monaco. Mereka mahu memperbaiki prestasi pada musim ini. Unai Emery boleh dikira bernasib baik kerana kekal diberikan kepercayaan oleh Nasser Al-Khelaifi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN