Selamat Hari Jadi Safiq Rahim! Ini 30 Perkara Yang Peminat Bola Sepak Ingat Tentang Anda

Safiq Rahim antara pemain tengah paling lengkap (most decorated midfielder) yang pernah lagi di Malaysia. Sempena hari jadi ke-30.

Ini adalah hasil tinjauan kami dari peminat bola sepak Malaysia, tentang perkara yang akan terlintas di dalam kepala peminat bola sepak Malaysia dari sudut baik, kontroversi dan yang perkara hebat serta yang buatkan peminat geram.

1. All-rounder

Safiq Rahim adalah tipikal pemain yang serba boleh. Beliau adalah pemain tengah yang ‘all-rounder’.

2. Persaraan

Safiq Rahim pernah mengumumkan persaraan daripada pasukan kebangsaan pada Julai 2016. Hampir setahun kemudian, beliau umumkan kepulangan semula ke pangkuan kebangsaan.

3. Generasi emas

Safiq Rahim mengetuai pasukan ’emas’ Malaysia yang menjuarai pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010.

4. Sepakan percuma vs. Thailand

Jom saksikan rakaman dari tempat duduk penyokong ini. Gol yang meletakkan Malaysia di hadapan secara aggregate selepas ketinggalan 2-0 dalam perlawanan pertama di Thailand.

5. Zandra Aziela

Safiq Rahim mengahwini jelitawan boling negara, Zandra Aziela pada 2014. Pasangan bahagia ini sudah ada 2 cahaya mata.

6. Menang Liga Super dengan selangor dan JDT

Safiq Rahim antara pemain yang berjaya menjuarai Liga Super dengan pasukan Selangor (1) dan JDT (3).

7. Cardiff City

Safiq Rahim antara pemain yang pernah menarik perhatian pengurusan Cardiff City namun gagal mendapatkan kontrak dengan kelab Wales tersebut.

8. Nombor 8

Safiq Rahim signifikan dengan no.8 sejak dengan KL Plus, Selangor dan JDT.

9. Komersil

Ada pastinya terus teringat Calpis:

dan gem..bi…raaa!

Comel kan?

10. Keraian gol I Am Here

Ini adalah keraian gol ala Cristiano Ronaldo! Siiiiiii!

11. Sepakan percuma pembunuh

Beliau dikenali dengan kemampuan melakukan sepakan percuma yang tajam. Antara yang paling diingati adalah ketika menentang Livepool.

Beliau pernah diiktiraf sebagai antara pengambil sepakan percuma terbaik di Asia.

Teknik!

12. MVP piala AFC

Menjadi pemain Asia Tenggara dari Malaysia yang pertama memenangi Anugerah Pemain Paling Berharga Piala AFC 2015 selepas membantu JDT menjuarai kejohanan.

13. Skor lawan Korea Selatan B-23

Jom imbas kembali ‘screamer’ ini.

14. Kapten

Kebanyakan masa dalam karier bola sepak beliau di atas padang adalah sebagai kapten. Beliau dianggap sebagai pemain yang sangat kuat mentaliti untuk menang oleh K. Rajagobal.

Beliau meninggalkan skuad Harimau Malaya sebagai kapten dan kembali semula sebagai kapten. Sebelum ini beliau digantikan dengan Antonio sebagai kapten, dan kini kelihatan kembali semula menggalas kapten JDT.

15. Piala

Safiq Rahim memiliki koleksi Piala yang banyak. Beliau juga tidak pernah gagal menjuarai Piala sejak 2014.

Piala AFC: JDT ( 2015)

Juara Liga Super Malaysia 2010 (Selangor), 2014, 2015, 2016 (JDT)

Juara Piala FA: 2016 (JDT)

Ingat Emas Sukan SEA: 2009 (Malaysia)

Juara Piala AFF: 2010 Malaysia

16. Kung-fu ke atas Liridon

17. KL Plus

Beliau pernah bermain untuk pasukan KL Plus. Kelab yang hari ini sudah lama tidak kita dengar khabar. Badhri Radzi juga pernah bermain di sini satu ketika dahulu.

18. Kuala Selangor

Kuala Selangor adalah tempat asal Safiq Rahim

19. Piala Malaysia

Satu-satunya piala domestik yang belum dimenangi oleh Safiq Rahim

20. Insiden dengan Azriff

Siapa yang akan lupa insiden panas ini melibatkan Safiq Rahim dan Azriff Nasrulhaq di hadapan peminat Selangor. Bekas pasukan Safiq Rahim

21. Insiden diterjah Razman Roslan

Kali ini Safiq Rahim lebih tenang walaupun diterjah oleh rakan sepasukan beliau dalam kem kebangsaan.

22. Karakter

Safiq Rahim terkenal dengan karakter yang agak panas di dalam padang. Namun begitu beliau seorang yang memiliki jiwa pemenang yang kuat.

23. Jeneral

Safiq Rahim adalah tipikal jeneral di dalam padang. Beliau boleh bermain sebagai kotak ke kotak/

24. Copot

Copot adalah nama panggilan daripada rakan-rakan beliau sejak dari kem Selangor lagi.

25. Killler pass

Salah satu kekuatan Safiq Rahim adalah kemampuan beliau mencipta peluang gol dengan killer pass. Killer pass bermaksud hantaran yang ‘membelah’ blok 2 atau lebih pertahanan.

26. SR8 Cafe

Safiq ada kafe milik beliau sendiri di Johor diberi label SR8 Cafe. Tempat tumpuan oleh peminat bola sepak, para pemain, bekas pemain, tokoh bola sepak dan ramai lagi. Tidak lupa, ini juga antara ‘port’ TMJ.

27. Ford Mustang

Safiq Rahim memiliki kereta ‘sport’ Ford Mustang.

28. MVP ABK

Beliau telah memenangi MVP untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) sebanyak 4 kali setakat ini iaitu pada 2011,2012,2015 dan 2016.

29. Kreativiti

Safiq Rahim sudah melakukan 59 bantuan gol untuk JDT setakat ini

30. Kualiti

Safiq Rahim sudah menyumbangkan gol untuk 50 gol untuk skuad JDT dan 13 gol untuk Malaysia (8 untuk senior dan 5 untuk B-23)

Selamat Hari Jadi ke-30 Safiq Rahim

Itulah antara 30 perkara yang peminat bola sepak Malaysia ingat tentang Safiq Rahim.  Walau apapun kritikan dan pujian, anda tetap antara pemain tengah yang terbaik di dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN