Lionel Messi Tandatangan Kontrak Baharu Bersama Barcelona, Kekal Sehingga 2021

Bintang Barcelona, Lionel Messi telah menandatangani kontrak lanjutan bersama dengan pasukan Barcelona.

Ia telah disahkan sendiri oleh laman rasmi kelab tersebut sebentar tadi.

Menurut Barcelona, Messi menandatangani kontrak lanjutan yang akan buatkan beliau akan kekal di kelab tersebut sehingga 2021.

Tambah mereka lagi, segala urusan telah pun selesai dengan formaliti kepada pelanjutan kontrak dalam masa yang terdekat.

(Photo by Alex Caparros/Getty Images)

Keputusan Messi untuk terus kekal di Barcelona merupakan satu keputusan yang cukup menggembirakan bagi kelab dan juga penyokong.

Messi nyata jelas menzahirkan kesetiaan beliau kepada kelab tersebut dengan memberikan bayangan akan menamatkan karier beliau di kelab tersebut.

Sepanjang bersama Barcelona, Messi mengecapi pelbagai kejuaraan bersama Barcelona.

Messi memenangi 8 gelaran La Liga, 4 UEFA Champions League, 5 gelaran Copa Del Rey, 7 Supercopa Espana, 3 UEFA Super Cup dan juga 2 Club World Cup.

Selain itu, Messi juga memenangi 5 gelaran Ballon d’Or dan juga 4 gelaran penjaring terbanyak di La Liga.

Jadi, legasi akan diteruskan untuk beberapa tahun lagi. Gembira, peminat Barcelona?

Sumber:

  1. Barcelona (2017): Agreement for the renewal of Leo Messi contract; https://www.fcbarcelona.es/futbol/primer-equipo/noticias/2017-2018/acuerdo-renovacion-leo-messi-2021?utm_source=twitter&utm_medium=post-twitter-es&utm-campaign=renovacion-messi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN