Serge Aurier Pergi Ke Turin Untuk Menyertai Juventus?

Juventus sedia  mendapatkan bek kanan PSG, Serge Aurier . Juventus sedang mencari pemain untuk menggantikan Dani Alves yang secara rasmi tamat kontrak.

Aurier dilaporkan sudah mempersetujui terma peribadi dengan kelab Bianconeri. Dijangka nilai perpindahan €22 juta untuk pemain ini.

Sebelum ini Juventus juga mahu mendapatkan Danilo tetapi Real Madrid meminta €30 – €35 juta untuk pemain tersebut.

Jadi, Juventus beralih ke opsyen yang lebih murah iaitu Serge Aurier.

Aurier menyertai PSG pada 2015. Tetapi tempat beliau di dalam kesebelasan utama agak sukar musim lalu. Ini selepas Thomas Meunier menunjukkan aksi cemerlang.

Meunier telah memenangi slot utama untuk bek kanan pada musim lalu dan dijangka tiada masalah untuk mengekalkan tempat beliau pada musim hadapan.

Aurier melakukan beberapa siri kesilapan pertahanan. Pada musim 2015/16 Beliau juga terlibat dengan kontroversi dengan memuatnaik video mengutuk pengurus PSG ketika itu, Laurent Blanc dan rakan-rakan sepasukan beliau.

Namun beliau meminta maaf secara terbuka dan beliau diterima semula di dalam pasukan.

Aurier menjadi prospek hangat di Eropah sebelum ini. Beliau dikaitkan dengan banyak kelab besar di Eropah termasuk Manchester City.

Laporan media di Perancis menyatakan Aurier sudah terbang ke Turin untuk memuktamadkan perpindahan ke Juventus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN