PSG Julang Piala Perancis Buat Kali Kelima Berturut-Turut

Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) berjaya menjulang Piala Perancis buat kali kelima berturut-turut selepas penyerang Uruguay, Edinson Cavani meledak dua gol bagi membantu meraih kemenangan 3-0 ke atas Monaco, awal pagi tadi.

Penyerang berbisa Uruguay itu meledak gol pembukaan seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan permainan tertangguh agak lama berikutan ulangan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Pemain Argentina, Angel Di Maria kemudian menewaskan penjaga gol Monaco, Danijel Subasic untuk menggandakan kelebihan pada minit ke-21 sebelum Cavani melengkapkan jaringan pada lewat permainan.

Sensasi Perancis, Kylian Mbappe berada di prestasi terbaik dan sentiasa memberikan ancaman besar terbesar buat Monaco serta menjadi perbezaan di antara kedua-dua pasukan ketika bekas kelabnya itu tumbang dua kali berturut-turut di pentas final mengikuti kekalahan 1-4 tahun lalu.

“Malam ini pemain hebat Kylian berada bersama pasukan yang satu lagi, dia adalah perbezaan terhadap permainan,” kata pengurus Monaco, Leonardo Jardim.

“Saya fikir kami bermain dengan sikap yang betul, sentiasa cuba untuk memburu gol selepas penalti.”

Kemenangan menyaksikan gergasi Perancis itu kini memiliki lapan kejuaraan Piala Perancis dan meneruskan deretan kemenangan dalam aksi piala domestik itu kepada 40 perlawanan sejak tewas kepada Montpellier pada Januari 2014.

PSG memperoleh penalti seawal minit keempat selepas pemain Poland, Kamil Glik menjatuhkan Mbappe yang menyaksikan permainan tertangguh hampir tiga minit sebelum Cavani melengkapkannya untuk gol ke-34 miliknya musim ini.

Mbappe bukan saja terbabit dengan gol kedua PSG yang disempurnakan Di Maria, malah turut menyumbang gerakan untuk gol ketiga tuan rumah menerusi Cavani berpunca daripada sepakan sudut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN