Zlatan Ibrahimovic Jaringkan Dua Gol Ketika Penampilan Sulung Bersama LA Galaxy

Zlatan Ibrahimovic

Satu lagi episod baru dalam karier permainan pemain bernama Zlatan Ibrahimovic. Beliau tempoh hari secara rasminya telah menjadi pemain kelab Major League Soccer, Los Angeles Galaxy.

Pemain Sweden itu telah diletakkan dalam senarai pemain simpanan sewaktu pertemuan antara Los Angeles Galaxy menentang Los Angeles FC.

Bangkit daripada rebah!

LAFC mendahului perlawanan dengan gol pada minit ke-5 oleh gol Carlos Vela. Carlos Vela menambah gol kedua LAFC pada minit ke-26.

Pemain Galaxy, Daniel Steres pula melakukan kesilapan apabila mencipta gol sendiri pada minit ke-48. Kemudiannya, Sebastian Lletget menjaringkan gol pertama Galaxy pada minit ke-61.

Pada minit ke-71, Zlatan telah dimasukkan oleh Sigi Schmid. Pada ketika itu, LA Galaxy masih ketinggalan di belakang kelab baru itu.

Kejar

Galaxy kembali bernafas pada minit ke-73 melalui gol Chris Pontius. Zlatan secara rasminya membuka akaun gol untuk kelab barunya itu pada 4 minit kemudian.

Zlatan membuat sepakan voli dari luar kotak penalti dan gagal diselamatkan penjaga gol lawan.

Beliau meraikan kejayaan menjaringkan gol pada perlawanan debut dengan membuka bajunya. Pengadil memberikan beliau kad kuning sebagai tanda amaran.

Kemenangan

Zlatan muncul wira selepas beliau menjaringkan gol kedua peribadi sekaligus membantu kelabnya meraih kemenangan.

Zlatan amat gembira kerana berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan pertamanya di Galaxy.

Beliau memberitahu Goal bahawa beliau tidak mahu rakan sepasukan barunya itu tertekan. Zlatan mahu mengubah nasib mereka yang ketinggalan sewaktu beliau tiada dalam kesebelasan pertama.

Melalui dua gol tersebut, Zlatan telah meneruskan rekod beliau memiliki gol pertama pada penampilan pertama untuk setiap kelab yang pernah diwakilinya.

Zlatan sewaktu latihan bersama Galaxy. Sumber: Infoglitz.

Pengulas perlawanan Major League Soccer sempat mengucapkan selamat datang ke liga itu kepada Zlatan Ibrahimovic kerana berjaya menjaringkan gol.

Dengan kemenangan itu, Galaxy kini berada di tangga ke-3 Western Conference dengan 7 mata selepas 4 perlawanan. Mereka hanya tewas sekali dalam kempen musim ini yang baru sahaja bermula.

Zlatan sempat berjenaka kepada wartawan, ‘saya berikan penyokong Zlatan yang mereka mahu.’ Ini kerana penonton di StubHub Center telah membuat chant yang mahukan Zlatan diturunkan dalam perlawanan tersebut.

Semoga berjaya dalam karier di negara Uncle Sam, Zlatan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN