Jose Mourinho: Persembahan Menentang Swansea City Antara Aksi Terbaik Di Old Trafford

Manchester United

Kejayaan menumpaskan Swansea City 2-0 pada perlawanan malam tadi telah memberikan kemenangan ke-21 buat Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Persembahan yang ditampilkan skuad The Red Devils itu juga disifatkan oleh Jose Mourinho sebagai antara aksi terbaik anak buahnya di stadium keramat mereka, Old Trafford.

Dua individu mencuri tumpuan pada perlawanan tersebut apabila jaringan seawal minit ke-5 oleh Romelu Lukaku adalah merupakan gol ke-100 peribadi buat penyerang antarabangsa Belgium itu dalam saingan EPL.

Sementara itu, David De Gea juga bertindak cemerlang menafikan dua percubaan keemasan yang dicipta Swansea City.

”Aksi di separuh masa pertama adalah sempurna,” jelas pengendali dari Portugal itu.

”Mungkin satu lagi gol mampu dihasilkan dan pada separuh masa pertama mungkin menjadi antara aksi terbaik kami beraksi disini (Old Trafford).”

”Pada separuh masa pertama, mereka (Swansea City) tidak mempunyai sebarang percubaan. Kami menekan mereka dengan begitu tinggi dan kuat.”

”Kami banyak melakukan pergerakan dan hantaran. Kami menjaringkan dua gol dan kami sepatutnya menambah sekurang-kurangnya satu lagi jaringan.”

”Separuh masa kedua adalah berbeza. Saya rasa pertama sekali kredit harus diberikan kepada Carlos (Carvalhal) kerana dia berjaya memperbaiki pasukannya pada babak kedua.”

Ketika gelaran liga semakin hampir bakal menjadi milik Manchester City, skuad bimbingan Jose Mourinho itu kini sedang bersaing dengan Liverpool untuk menjadi kelab kedua terbaik musim ini.

Kredit foto: Daily Mirror

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN