Perpindahan Neymar dari Paris Saint-Germain (PSG) mungkin semakin hampir daripada apa yang kita fikirkan. Barcelona dan Real Madrid adalah dua kelab yang menunjukkan minat terhadap bintang Brazil itu.
Terkini, Marca melaporkan butik rasmi PSG telah menghentikan penjualan jersi pemain tersebut di Paris.
Malah pendedahan terbaru ini melaporkan kini jersi Kylian Mbappe mulai menjadi keutamaan promosi di butik tersebut.
CADÊ NEYMAR?! ?⚽??
Na loja oficial do Paris Saint-Germain, na capital francesa, já não há mais sombra de Neymar à vista. Peças com a imagem e o nome do atacante foram todas retiradas do espaço, que agora exibe jogadores como Mbappé e Marquinhos.
? João Henrique Marques/UOL pic.twitter.com/OliiWOhlZD
— UOL Esporte (@UOLEsporte) August 12, 2019
Laporan dari Marca itu adalah susulan rakaman video wartawan UOL Esporte, Joao Henrique Marques yang berkunjung ke ibu kota Perancis itu baru-baru ini. Sempat melakukan rakaman video, beliau terkejut tidak menemui jersi PSG tertera nama Neymar dipamerkan di butik tersebut.
Satu-satunya tempat dimana tulisan nama Neymar kelihatan di kedai tersebut adalah di bahagian panel di mana kasut but dijual.
Bukan rahsia lagi Neymar mahukan perpindahan dari juara Ligue 1 itu – hanya selepas dua tahun menyertainya.
Dalam perlawanan Ligue 1 membabitkan PSG pada hujung minggu lalu, penyokong kelab tersebut turut tidak berselindung mencerca pemain tersebut kerana fiasco yang ditimbulkannya.