PRU14: Legenda Bola Sepak Kedah, Radhi Mat Din Calon Parlimen Pokok Sena

Semalam, secara rasminya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenaraikan nama-nama calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Kali ini, 222 kerusi Parlimen dipertandingkan. Begitu juga 505 kerusi Dewan Undangan Negeri yang bakal direbut oleh pelbagai parti politik.

Antara yang tercalon ialah legenda bola sepak pasukan Kedah FA, Radhi Mat Din.

Radhi Mat Din

Bekas pemain bola sepak Kedah, Radhi Mat Din telah disahkan untuk berentap bagi kerusi Parlimen Pokok Sena. Beliau mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Radhi bakal menghadapi penyandang kerusi, Dato’ Mahfuz Omar dari Parti Amanah Negara (Amanah) yang menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Seorang lagi calon bagi Parlimen Pokok Sena ialah Dato’ Said Ali bin Syed Rastan. Seramai 86,892 pengundi di Parlimen Pokok Sena bakal menentukan nasib Radhi dalam dunia politik.

Dunia bola sepak Radhi

Radhi pernah menjadi salah satu anggota skuad Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur. Selain itu, beliau pernah memenangi Piala Malaysia pada tahun 1990 bersama Kedah. Kedah menewaskan Singapura 3-1 dalam perlawanan akhir.

3 tahun kemudian yakni pada 1993, beliau sekali lagi menjulang trofi yang sama dengan pasukan Hijau Kuning. Singapura sekali lagi menjadi mangsa pasukan dari utara Semenanjung Malaysia itu.

Radhi menjadi salah satu pemain Kedah yang memenangi Piala FA musim 1996. Kedah menewaskan Sarawak pada perlawanan akhir pada ketika itu.

Tumpuan

Beliau menjadi fokus kerana bakal berhadapan dua orang yang berpengalaman dalam dunia politik. Malah, semasa sesi penamaan calon semalam, beliau telah menjadi tumpuan termasuk oleh pegawai SPR sendiri.

Sekiranya beliau menang, sudah tentu kita harapkan beliau dapat menyuarakan pandangan mengenai isu sukan tanah air, terutamanya bola sepak. Malah, ia akan membantu pembangunan sukan di negara kita walaupun warna politik yang berbeza.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN