PRU14: Exco Wanita FAM, Dato’ Suraya Yaacob Turut Bertanding

Salah seorang ahli dalam Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sesi 2017 – 2021 turut akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Individu dimaksudkan ialah Dato’ Suraya Yaacob. Beliau dilantik sebagai Exco Wanita selepas memenangi pemilihan FAM pada tahun lalu.

Dicalonkan

Dato’ Suraya bakal bertanding DUN Sungai Tiang di Kedah. DUN Sungai Tiang merupakan salah satu Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Pendang.

Dato’ Suraya dikenali sebagai Kak Su di kalangan masyarakat tempatan.

DUN Sungai Tiang bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru. Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan Razak Khamis. Manakala Parti Islam se-Malaysia (PAS) pula mencalonkan Ustaz Saiful Syazwan.

DUN Sungai Tiang sebelum ini pernah ditandingi beliau sejak PRU ke-11 pada tahun 2004. Kak Su melakukan hatrik dengan memenangi kerusi DUN Sungai Tiang tanpa sekali pun tewas.

Walaupun pada PRU Ke-12 pada tahun 2008, kerajaan negeri Kedah pimpinan Barisan Nasional telah tumbang. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Negeri Kedah selepas Barisan Nasional berjaya menawan kembali Kedah pada PRU ke-13 (2013).

Karier di FAM

Dato’ Suraya Yaacob. Sumber: Berita Harian.

Di atas pemilihan beliau sebagai exco FAM, Dato’ Suraya telah diberi amanah untuk memegang beberapa jawatan. Antaranya ialah Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita.

Selain itu, beliau telah dipilih sebagai Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam. Beliau juga diberi mandat sebagai pengurus pasukan bola sepak wanita negara kita.

Mungkinkah suatu hari nanti beliau akan mendapat promosi sebagai calon di peringkat Parlimen.

Sudah tentu suara beliau kita turut harapkan untuk menguatkan bola sepak kita di masa hadapan jika terpilih ke parlimen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN