Produk Akademi Southampton Secara Rasmi Sertai Sabah FC

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Stuart Wilkin yang merupakan bekas pemain akademi kelab Liga Inggeris, Southampton FC sah akan memperkuatkan Sabah FC untuk saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Perkara itu disahkan melalui pengumuman Sabah FC di media sosial sebentar tadi. Turut diumumkan bakal menyertai skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee adalah pemain tengah, Irfan Fazail yang didatangkan secara pinjaman daripada JDT.

Walaupun status Stuart Wilkin tidak dinyatakan secara khusus, pemain berdarah campuran Inggeris-Malaysia itu turut dipercayai menyertai Sabah secara pinjaman daripada JDT.

Ia bukan lagi rahsia Sturt akan menyertai Sabah FC untuk saingan musim depan. Sebelum ini lagi, pemain itu pernah menyatakan berminat untuk beraksi di bawah kendalian Ong Kim Swee ketika jurulatih itu masih bergelar pengendali skuad B-23 negara.

Seperti mana pemain sayap moden yang lain, Stuart Wilkin boleh beraksi di kiri dan kanan serangan pasukan Sabah FC.

Ketika masih bersama skuad remaja Southampton FC, Stuart Wilkin sempat melakukan 20 penampilan dalam saingan Liga Belia England pada musim 2015/2016 dan satu penampilan dalam saingan Piala FA Belia.

Selain Stuart dan Irfan, Sabah FC turut telah merekrut beberapa pemain muda dan berpengalaman ke dalam pasukan untuk saingan musim hadapan.

Antaranya penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan penjaga gol muda Negeri Sembilan FC, Damien Lim yang cemerlang membantu pasukan itu muncul juara Liga Premier pada musil lalu.

Dua pemain berpengalaman lain yang sudah disahkan akan menyarung jersi skuad Badak pada musim hadapan adalah Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali dari Kedah Darul Aman FC.

Nama-nama lain yang turut sudah disahkan akan menyarung jersi Sabah FC pada musim hadapan adalah Dirga Surdi (PDRM FC), Badrul Affendy (Sarawak United), Mohd Afiq Yunus, dan produk Akademi Mokhtar Dahari, Azhad Harraz Arman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN