Piala AFF 2020: Hatrik Sempurna Safawi Rasid Bantu Malaysia ‘Lanyak’ Laos

Piala AFF 2020

Malaysia mengekalkan momentum kemenangan kedua dalam saingan Piala AFF 2020 apabila merekodkan kemenangan kedua selepas Laos pula menjadi mangsa kali ini dengan keputusan 4-0.

Seawal permainan dapat dilihat pasukan Laos lebih banyak menguasai permainan dengan melancarkan beberapa siri serangan yang diketuai Ketkeo Billy.

Selepas lima minit berlangsung, Malaysia dilihat lebih stabil dan mula memberi tekanan buat lawan melalui intensiti permainan yang ditingkatkan sedikit.

Pada minit ke-6, Nalongsit berjaya memperolehi peluang terbaik untuk menguji gawang gol Malaysia, namun rembatan dari sebelah kanan Malaysia tersebut berjaya ditepis keluar oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Belum sempat Laos kembali mengatur serangan, Malaysia berjaya mengejutkan lawan melalui gol Safawi Rasid pada minit ke-7 setelah menerima hantaran cantik dari sebelah kiri oleh Arif Aiman Hanapi.

Empat minit kemudian, menerusi sepakan sudut sebelah kiri oleh Baddrol Bakhtiar hampir berjaya disudahkan oleh Syafiq Ahmad namun bola terkena palang sebelum susulan Aidil Zafuan yang tersasar keluar.

Malaysia terus meningkatkan intensiti permainan dengan lebih banyak menguasai bola serta mudah menyerap asakan Laos yang dilihat tidak begitu tajam lagi.

Pada minit ke-30, Luqman Hakim hampir menambah jaringan kedua yang dinanti-nanti namun rembatan beliau yang hanya berdepan penjaga gol sedikit tersasar di sebelah kiri.

Safawi Rasid terus menjadi duri dalam daging buat lawan apabila kali ini beliau bijak menanduk bola sepakan sudut untuk menambah gol kedua permainan serta gol peribadi ketiga pemain ini pada minit ke-34.

Bersambung di separuh masa kedua, Laos kembali cuba memimpin permainan dengan memburu gol awal namun masih tiada jaringan dapat dilakukan.

Peluang terbaik hadir menerusi Billy apabila sepakan jarak jauh berjaya dilakukan namun tepat kepada Khairul Fahmi pada minit ke-48.

Arif Aiman hampir memberi sesuatu buat Malaysia namun hantaran dari sebelah kanan hasil larian deras beliau gagal disambut kemas oleh Safawi Rasid untuk mencipta hatrik pada minit ke-52.

Berselang empat minit kemudian, Baddrol Bakhtiar melihat ada peluang terbuka dari jarak jauh untuk beliau melepaskan rembatan deras namun sedikit sahaja tersasar keluar.

Laos tidak banyak mendapat ruang untuk melepaskan percubaan malah menyusun gerakan yang lebih baik bagi mencari gol pertama mereka.

Malaysia yang dihadiahkan sepak percuma dari luar petak penalti hampir memberi gol ketiga pasukan namun rembatan Safawi Rasid berjaya ditepis penjaga gol dari sebelah kanan pada minit ke-59.

Minit ke-65 Safawi terus terlepas untuk mencari hatrik beliau apabila hantaran cantik dari sebelah kanan gagal disambut oleh pemain tersebut untuk gol pertama di separuh masa kedua.

Shahrel Fikri terlepas peluang memburu gol pertama beliau apabila hantaran dari sebelah kanan oleh Arif Aiman gagal disudahkan dengan baik apabila sekadar tersasar pada minit ke-69.

Berselang dua minit kemudian, hasil hantaran cantik daripada Baddrol Bakhtiar gagal disudahkan dengan baik oleh penyerang, Shahrel Fikri untuk pemburuan gol ketiga.

Shahrel Fikri terus memberi masalah buat pertahanan lawan namun 2 percubaan beliau berturut-turut gagal diterjemahkan dalam bentuk gol pada minit ke-75.

Malaysia terus meningkatkan rentak permainan pada lewat permainan namun rembatan R.Kogileswaran pula kali ini berjaya ditepis penjaga gol Laos pada minit ke-76.

Shahrul Saad berjaya menambah gol ketiga perlawanan akhirnya hasil hantaran cantik Baddrol Bakhtiar.

Gol terhasil apabila serangan balas yang dicipta Malaysia pada minit ke-78 berjaya mengelirukan pertahan Laos untuk mengawal kepantasan pemain Malaysia yang tiba-tiba sahaja kembali dalam mod serangan.

Minit ke-80 pesta gol Malaysia terus terhasil dengan hatrik yang dicipta Safawi Rasid berjaya mencipta gol keempat perlawanan hasil hantaran cantik sebelah kanan oleh R.Kogileswaran.

Kemasukan minit akhir Guilherme De Paula tidak dapat untuk menambah sebarang gol lagi buat Malaysia walaupun ada rangkaian serangan yang cuba dicipta untuk memburu gol kelima permainan.

Permainan tamat dengan gemilang di Stadium Bishan dengan Malaysia berjaya memenuhi jangkaan ramai memenangi perlawanan ini ke atas pasukan Laos.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN