Previu MSL 2019: Selangor Layan Kunjungan Kedah, Kedudukan Liga Jadi Taruhan

Dua lagi perlawanan Liga Super (MSL 2019) berlangsung pada malam ini untuk melengkapkan minggu ke-13 saingan. Salah satu dari tumpuan kita pasti akan tertumpu ke Shah Alam untuk perlawanan di antara pasukan Selangor dan juga Kedah.

Ikuti previu dari kami mengenai perlawanan yang akan berlangsung pada jam 10:00 malam ini.

Selangor perlu buru konsistensi

Tidak boleh dinafikan bahawa Selangor FA masih berada di peringkat awal pembinaan sebuah pasukan berwajah baharu yang mampu memberikan cabaran pada masa hadapan. Namun ini tidak bermaksud skuad The Red Giants tidak perlu memberikan yang terbaik dan menghasilkan keputusan yang positif dan konsisten.

Untuk lima perlawanan terdahulu di semua pertandingan, Selangor hanya menang sekali, iaitu kemenangan 2-1 ke atas PKNP FC.

FOTO: FA Selangor

Tewas sekali kepada Felda di pertandingan Piala FA, tiga lagi saingan di Liga Super berakhir dengan keputusan seri.

Semua keputusan ini tampil selepas empat kemenangan berturut-turut sepanjang Mac dan awal April lalu. Ia bukan perkara yang membimbangkan, namun untuk sebuah pasukan yang mempunyai sejarah dan status seperti Selangor, prestasi tidak konsisten hanya akan memberi tekanan kepada B. Sathianathan dan anak-anak buahnya.

Kedah perlu lakukan lebih untuk peminat

Kisah di Kedah tidak jauh berbeza dengan Selangor apabila Aidil Shahrin mengambil alih Ketua Jurulatih skuad Lang Merah pada musim ini. Jurulatih dari Singapura ini berjaya menampilkan dimensi baharu di dalam corak permainan pasukan dari utara tanah air ini. Namun isunya tetap sama. Konsistensi menyebabkan kemampuan mereka dipersoalkan oleh ramai.

Kedah
FOTO: Kedah FA

Dibezakan hanya dengan satu mata di kedudukan ke-3 dan ke-4 liga, Kedah pasti enggan tampil di Stadium Shah Alam untuk pulang tanpa memperolehi sebarang mata.

Tatkala misi ke separuh akhir sudah terlaksana, Aidil pasti mahu pemain kendalian beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam aksi di tempat lawan ini untuk memastikan Kedah sentiasa memiliki kelebihan ke atas lawan mereka itu.

Perkembangan semasa

Menjadi tumpuan pada malam ini oleh penyokong Selangor ialah kelibat pemain import baharu, Ifedayo Olusegun yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua ini. Pemain import dari Nigeria itu dijangka akan melakukan penampilan pertama di hadapan penyokong sendiri pada malam ini – bergandingan dengan bekas penyerang kedah, Sandro.

Untuk perlawanan ini, Selangor juga akan kembali mendapatkan khidmat Amri Yahyah, Nurridzuan Abu Hassan, Azreen Zulkafali selesai menjalani hukuman penggantungan perlawanan. K. Prabakaran juga sudah kembali menjalani latihan bersama pasukan selepas beliau juga tidak diturunkan pada perlawanan lalu atas faktor kecederaan.

Sandro
FOTO: MFL

Namun B. Sathianathan terpaksa melupakan khidmar Sean Selvaraj yang cemerlang ketika kedua-dua pasukan terikat di Alor Star sebelum ini.

Di kem Kedah, semua pemain juga kelihatan cergas ketika menjalani latihan terakhir di Alor Setar pada Isnin lalu. Ini termasuklah bekas pemain sayap Selangor, Azamuddin Akil yang tampil buat pertama kali untuk Kedah dalam perlawanan menentang PKNS FC di Piala FA pada Sabtu lalu.

FOTO: MFL

Jentera serangan Kedah pasti akan terus berharap kepada gandingan Jonathan Bauman dan Fernando Rodriguez. Manakala Shakir Hamzah dan Renan Alves di bahagian pertahanan diharap mampu membendung asakan pasukan lawan.

Rekod pertemuan terdahulu

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Darul Aman pada pusingan pertama saingan.

  • Selangor 1-2 Kedah (MSL 2018), 26.05.18
  • Kedah  4-0 Selangor (MSL 2018), 13.04.2018
  • Kedah 1-0 Selangor (Piala Malaysia 2017), 24.09.17
  • Selangor 2-3 Kedah (Piala Malaysia 2017), 15.09.2017

Berdasarkan rekod ini, Selangor masih gagal menewaskan Kedah dalam lima perlawanan terdahulu.

Ramalan Semuanya BOLA

Beraksi di bulan Ramadan, ia tidak akan mengurangkan kehangatan perlawanan ini – walaupun tempo mungkin sedikit perlahan, mengambil kira aspek pemakanan dan fizikal pemain ketika ini.

Namun demikian, kami pasti perlawanan ini akan berlangsung dengan sengit memandangkan kedudukan di dalam liga menjadi taruhan.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN