Quantcast

BERITA

Solskjaer Laung Kebangkitan Manchester United Musim Hadapan

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan beliau sudah mengenal pasti beberapa pemain yang boleh membawa pasukan itu ke tahap lebih baik pada musim hadapan.

Solskjaer memulakan kempen di United dengan cemerlang. Membawa United daripada no.6 – menjadi pasukan yang mencabar tempat 3 teratas. United kemudian menyingkirkan PSG dengan dramatik di UCL. Perkara itu membuatkan beliau dilantik secara tetap.

Solskjaer kemudian menegaskan Manchester United perlu memenangi trofi dan bukannya pasukan yang hanya mengutamakan 4 teratas.

Namun selepas itu, prestasi Manchester United semakin merudum. Mereka kemudian keluar daripada kelompok 4 teratas. Mereka terlepas semua trofi dan Solskjaer terpaksa menerima realiti bahawa, 4 teratas adalah sasaran penting mereka.

Lebih buruk Man. United menutup musim dengan rekod tanpa kemenangan dalam 6 perlawanan dalam semua pertandingan, menamatkan liga di tangga ke-6 dengan 66 mata.

Solskjaer kemudian menegaskan bahawa mereka akan bangkit pada musim hadapan. Mereka mahukan trofi dan kembali semula ke UCL.

Bercakap kepada media rasmi Man. United, Solskjaer berkata: “Saya belajar daripada semua ini. Saya bencikan kekalahan. Saya sukakan kemenangan.”

“Kami bermula dengan luar biasa [ketika saya tiba]. Para pemain luar biasa ketika itu. Kami sangat positif, memenangi banyak perlawanan. Satu pasukan bersatu, saya gemarkan kemenangan. Namun saya sedar bola sepak ini sukar.”

“Anda boleh mengharapkan apa sahaja, namun realiti menyentak kami semua. Kami bermain dalam liga yang sarat dengan pasukan yang sangat bagus. Untuk kekal di tahap terbaik, kami harus kekal fokus 100%.”

HUDDERSFIELD, ENGLAND – MAY 05: Ole Gunnar Solskjaer the head coach / manager of Manchester United during the Premier League match between Huddersfield Town and Manchester United at John Smith’s Stadium on May 5, 2019 in Huddersfield, United Kingdom. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

“Kami bermain dalam beberapa perlawanan dengan fokus penuh. Dan ia luar biasa.”

“Kemudiannya, kamu belajar banyak perkara apabila melalui detik yang sukar. Saya mulai memikirkan kami boleh membina pasukan ini, dan siapa yang boleh membawa pasukan ini ke tahap seterusnya yang lebih baik.”

Solskjaer yakin Manchester United sarat dengan pemain berbakat namun menghadapi tekanan seara mental dan fizikal. Salah satu sebabnya adalah perubahan pada separuh musim.

“Kami melalui detik sukar. Apabila kamu kehilangan pengurus pada pertengahan musim, ia bukan perkara mudah untuk para pemain.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!