Previu MSL 2019: PJ City FC Buru Mata Keramat, MU Intai Kelompok Atasan

Antara perlawanan yang akan berlangsung pada minggu ke-19 Liga Super Malaysia pada malam ini ialah perlawanan membabitkan Petaling Jaya FC dan juga Melaka United yang akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

PJ FC buru mata keramat

PJ City berada di dalam landasan terbaik untuk terus kekal di saingan Liga Super pada musim hadapan sekiranya berjaya mengutip tiga mata pada malam ini – sekaligus berjaya melakukannya pada musim pertama mereka di saingan MSL.

Skuad kendalian K. Devan memiliki kelebihan enam mata berbanding pasukan yang berada di zon penyingkiran, iaitu Felda United dan Kuala Lumpur. Namun di saingan MSL, segala kelebihan boleh berubah menjadi sebaliknya.

FOTO: PJ City

Ini menyebabkan skuad yang turut digelar sebagai Sang Phoenix ini mahu memastikan diri mereka selamat daripada penyingkiran secepat mungkin – walaupun saingan liga masih berbaki empat perlawanan termasuk malam ini.

Melaka United

Namun menanti PJ City FC pada minggu ini ialah Melaka United yang dilihat berada di tahap terbaik – walaupun tewas kepada JDT pada perlawanan minggu lalu.

Kekuatan utama skuad kendalian Zainal Abidin Hassan ini ialah di bahagian jentera serangan yang mampu memberikan masalah kepada mana-mana pasukan.

Melaka United
Patrick Reichelt, pemain import dari Filipina yang menyinar bersama Melaka United. Foto: MUSA

Patrick Reichelt kekal sebagai penyerang paling bahaya skuad Melaka, dan gandingan beliau bersama Luka Milunovic serta Davy Angan dilihat semakin menjadi dalam beberapa perlawanan lalu.

Naib juara MSL2019 masih lagi berada di dalam jangkauan Melaka. Misi seterusnya sudah tentu ialah untuk menamatkan saingan musim ini di kedudukan terbaik.

Taktikal pasukan

K. Devan mempunyai reputasi sebagai ‘the giant killer’ ketika melakukan percaturan berhadapan dengan pasukan-pasukan gergasi di saingan Liga Malaysia. 3-4-3 adalah formasi pilihan K. Devan sejak beberapa perlawanan dan telah berjaya meraih beberapa keputusan positif sejak dua perlawanan lalu.

Devan
Gambar: Malaysia Football League

Di fasa bertahan, anak buah K. Devan akan membentuk 5-4-1. Dalam situasi ini, PJ City amat berbahaya ketika melakukan serangan balas pantas – sepertimana yang dibuktikan ketika menentang Pahang. Mereka pantas dan sangat direct untuk menhantar bole ke bahagian serangan.

Melaka United pula cenderung beraksi dengan formasi 4-2-3-1. Mempunyai bahagian tengah yang stabil dengan pemain seperti Safiq Rahim, skuad kendalian Zainal Abidin amat berbahaya ketika melakukan serangan dari bahagian sisi.

Sekiranya sebelah kanan serangan, mereka mempunyai Reichelt, Nazrin Nawi turut memberikan ancaman yang sama dari sebelah kiri. Kelibat Milunovic yang beraksi sebagai penyerang kedua di belakang Angan juga sering kali menghukum lawan.

Rekod pertemuan

  • 2.022019 Melaka 2-1 Petaling Jaya City (Liga Super)
  • 13.06.2015 Melaka 2-0 Petaling Jaya City (Piala FA)
  • 5.04.2015 Petaling Jaya City 2-0 Melaka (Piala FA)
  • 22.05.2014 Petaling Jaya City 1-1 Melaka (Piala FA)
  • 16.03.2014 Melaka 5-2 Petaling Jaya City (Piala FA)

Ramalan Semuanya BOLA

Di atas kertas, Melaka United sememangnya mempunyai kelebihan, terutama dari segi kebolehan teknikal pemain. Tetapi PJ City FC pada musim ini juga membuktikan mereka mampu melakukan kejutan – seperti ketika menumbangkan Pahang – ketika beraksi di halaman sendiri.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN