Sean Longstaff Kini Jadi Sasaran Manchester United

Ole Gunnar Solskjaer kini begitu serius dalam usaha beliau mengembalikan kejayaan Manchester United dengan ingin membawa masuk seorang lagi pemain baharu.

Beliau benar-benar mahukan pembaharuan di bahagian pertahanan apabila kini usaha untuk membeli Sean Longstaff dimulakan.

Menurut laporan oleh Sky Sports, Manchester United kini dalam usaha untuk mendapatkan pemain dari Newcastle United itu untuk memberikan wajah baharu kepada skuad mereka.

Longstaff merupakan antara pemain muda yang menyinar bersama Newcastle United pada musim lalu. Beliau merupakan pemain yang beraksi di bahagian tengah.

Namun begitu, Newcastle United mengatakan yang Manchester United bakal hadapi tugas sukar dalam mendapatkan Longstaff.

Hal ini kerana, Newcastle United akan meletakkan harga yang cukup tinggi kerana mereka tidak mahu melepaskan produk akademi mereka dengan cukup mudah.

Mereka memberikan bayangan yang tanda harga £50 juta perlu dilepasi Manchester United untuk membolehkan proses pembincangan dimulakan.

Gambar: Give Me Sport

Solskjaer cukup komited dalam usaha membina semula Manchester United apabial beliau menjadikan pemain muda sebagai asas kepada pembinaan semula skuad beliau.

Beliau kini telah berjaya mendapatkan Daniel James dan Aaron Wan-Bissaka yang merupakan pemain muda dari Swansea City serta Crystal Palace.

Beliau cuba mendapatkan Harry Maguire namun begitu usaha itu tampak sukar kerana terdapat saingan daripada Manchester City.

Selain itu juga, Maguire turut menetapkan yang beliau tidak begitu terdesak untuk berpindah ke pasukan lain dan gembira untuk kekal di Leicester City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN