Previu MSL 2019: KL & PKNS FC Mahu Tebus Kekecewaan Piala FA Dengan Kemenangan

MSL 2019

Empat perlawanan Liga Super Malaysia (MSL 2019) akan berlangsung pada malam ini untuk minggu ke-13 saingan pada musim ini.

Turut menjadi tumpuan ialah Stadium Bola Sepak Cheras, apabila pasukan tuan rumah, Kuala Lumpur melayan kunjungan PKNS FC.

Kuala Lumpur fokus Liga Super

Disingkirkan dari pertandingan Piala FA oleh Felda United pada hujung minggu lalu, bermakna Kuala Lumpur hanya mempunyai saingan Liga Super untuk diberikan fokus buat masa ini.

Kuala Lumpur gagal mencatatkan kemenangan dari lima perlawanan terakhir di semua pertandingan setakat ini. Kali terakhir Kuala Lumpur mencipta kemenangan ialah pada pertengahan April lalu, apabila menewaskan PJ City FC 1-0, hasil jaringan tunggal Ashri Chu Chu.

Jika ada perkara positif yang boleh diambil oleh anak buah Chong Yee Fat, ia pasti kerana jentera serangan mereka boleh dikatakan produktif, apabila menghasilkan 10 gol dari lima perlawanan.

Berjaya mengelakkan dari bolos dalam perlawanan menentang Felda di Jengka di perlawanan timbal balik Piala FA, Kuala Lumpur pasti berharap perkara sama bakal berulang – setelah dibolosi 30 kali pada musim ini.

Tidak ada pasukan yang dibolosi sekerap Kuala Lumpur selepas 12 perlawanan dilalui setiap pasukan musim ini.

PKNS FC mahu kembali cabar

Seperti Kuala Lumpur, PKNS FC turut hanya mempunyai saingan Liga Super untuk diberi tumpuan selepas ini, selepas mengalami nasib sama tewas di peringkat suku akhir kepada Kedah.

Gagal mengutip sebarang kemenangan dari tiga perlawanan lalu dalam semua pertandingan, PKNS FC sekadar mencatatkan keputusan seri menentang Perak di Shah Alam dalam saingan Liga Super yang lalu.

FOTO: PKNS FC

Menentang Kuala Lumpur yang berada di tangga tercorot liga, ini adalah peluang terbaik untuk anak buah K. Rajagopal untuk mengutip tiga mata penuh, sekaligus meletakkan mereka berada bersama kelompok atasan MSL 2019.

PKNS FC kini dijarakkan dengan tiga mata berbanding Kedah di tangga ketiga, dan dua mata di belakang Selangor di tangga keempat. Keciciran mata akan memberikan ruang kepada Melaka United, Terengganu FC, atau Perak TBG melonjak mengatasai mereka sekiranya menang perlawanan masing-masing.

Perancangan pasukan

Kuala Lumpur beraksi dengan formasi yang menyerupai 4-1-4-1 dalam beberapa perlawanan lalu, dengan pemain pertahanan dari Filipina Luke Woodland bertindak sebagai libero pasukan.

Paulo Josue dan Indra akan menjadi tonggak utama untuk merencanakan serangan. Penyerang import, Guilherme De Paula juga perlu berada di prestasi terbaik untuk menghadirkan ancaman ke arah kubu lawan.

PKNS FC bimbingan K. Rajagopal juga beraksi dengan corak permainan yang hampir sama. Romel Morales dan Gabby Guerra akan terus mekadi sandaran untuk menggerakkan jentera serangan, dengan Kpah Sherman akan mengetuai jentera serangan pasukan.

FOTO: PKNS FC

Kekuatan utama PKNS FC seperti yang dipamerkan dalam beberapa perlawanan lalu ialah serangan balas pantas yang cukup bahaya. Itu adalah angata aspek penting yang perlu diawasai oleh Kuala Lumpur yang sehingga kini merupakan pasukan dengan bolos tertinggi di saingan Liga Malaysia.

Rekod perlawanan

Dalam pertemuan di Shah Alam pada 27 April yang lalu, PKNS FC merekodkan kemenangan 3-2.

Lain-lain keputusan:

  • PKNS FC 3-2 Kuala Lumpur (MSL 2018), 13.05.2018
  • Kuala Lumpur 2-1 PKNS FC (MSL 2018), 3.05.2018
  • Kuala Lumpur 2-0 PKNS FC (Piala Malaysia) 9.09.2017
  • PKNS FC 0-0 Kuala Lumpur (Piala Malaysia) 18.07.2017

Ramalan Semuanya BOLA

Berdasarkan keputusan perlawanan lalu, Kuala Lumpur jelas bijak menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk mengejutkan PKNS FC.

Namun pertemuan kedua-dua pasukan pada malam ini sukar diramalkan. Apa sahaja boleh berlaku sepanjang tempoh 90 minit perlawanan. Satu perkara yang pasti, sudah tentu kita mengharapkan perlawanan yang menarik dan menghiburkan ditampilkan oleh kedua-dua pasukan.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN