Kini ia telah tiba di penghujung, saingan sulung KL City League memasuki fasa akhir dengan 3 pasukan berpotensi untuk muncul sebagai juara.
3 pasukan iaitu Pirates FC, BOSS FC dan juga Thai Selangor kesemuanya mempunyai peluang untuk merangkul kejuaraan liga dengan 2 daripadanya akan beraksi minggu ini.
Pirates FC yang dianggap sebagai pasukan pilihan menepati sasaran sejak dari minggu pertama liga dengan prestasi konsisten.
Namun kegagalan menewaskan BOSS FC minggu lalu membuatkan peluang untuk Pirates FC muncul juara tersekat dan perebutan kembali terbuka.
Bertemu dengan KL Galaxy pada minggu ini, cabaran pastinya menanti Pirates FC dalam usaha untuk memintas BOSS FC dan juga Thai Selangor.
Bagi BOSS FC pula, mereka berhadapan dengan dengan lawan yang lebih mudah pada minggu ini. Siapakah? KTKSI.
KTKSI merupakan pasukan paling lemah dalam saingan liga, dan BOSS FC diibaratkan orang mengantuk yang disorongkan bantal!
Mereka perlu menang 5 gol dan ke atas sambil mengharapkan Pirates FC tidak menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan menentang KL Galaxy.
Sungguhpun Pirates FC menjaringkan gol, biarlah ianya kurang dari jaringan yang dihasilkan BOSS ketika menentang KTKSI.
Thai Selangor juga mempunyai peluang untuk muncul juara. Namun begitu, mereka memerlukan keputusan perlawanan lain memihak pasukan itu.
Mereka sudah melengkapkan semua perlawanan liga dan berpotensi dipotong oleh Pirates FC dan BOSS FC.
Jadi, Thai Selangor perlu mengharapkan keajaiban yang cukup hebat iaitu Pirates FC kalah kepada KL Galaxy dan KTKSI menumbangkan BOSS FC.
Namun, mampukah situasi itu berlaku?
Perebutan juara, apa kata pengulas KL City League?
Penentuan siapakah bakal juara KL City League edisi sulung ini pastinya akan memberikan pelbagai pandangan berbeza siapa akan muncul juara.
Oleh itu, mari kita saksikan pasukan manakah pilihan para pengulas KL City League:
- Nazreen Izahar (Twitter: @NazreenIzahar)
Pasukan pilihan: BOSS FC
“Jika dibandingkan di atas kertas dan juga pilihan ramai, memang ramai akan memilih Pirates FC sebagai calon juara. Tetapi saya rasakan BOSS FC mempunyai peluang lebih cerah.”
“Nasib mereka 100% ditangan diri sendiri, dengan menentang pasukan KTKSI yang paling banyak dibolosi sepanjang liga, maka tiada alasan untuk mereka mencari kemenangan terbesar untuk muncul juara dengan kelebihan jaringan.”
2. Dito (Twitter: @MisdiantoTito)
Pasukan pilihan: Pirates FC
“Walaupun BOSS FC mempunyai peluang lebih besar untuk muncul juara, tetapi pilihan saya tetap kepada Pirates FC.”
“Pada saya, Pirates FC mempunyai barisan serangan yang cukup mantap dan menyakinkan.”
3. Aiman Roshizam (Twitter: @aiman_sekaiichi)
Pasukan pilihan: Pirates FC
“Pasukan ini cukup konsisten dari awal hingga hujung saingan termasuklah ketika mencatatkan rekod menang 5 perlawanan berturut-turut.”
“Walaupun begitu, mereka kena harapkan BOSS FC tidak menjaringkan gol terlalu banyak ketika menentang KTKSI untuk memastikan kejuaraan milik mereka.”
Itulah pendapat para pengulas KL City League, anda pula bagaimana?
Jangan lupa saksikan minggu akhir KL City League secara langsung pada 13 dan 14 Ogos ini dengan perlawanan-perlawanan seperti:
- KTKSI lawan BOSS FC (Selasa, 9.30 malam)
- Expected Toulouse lawan Damansara Bulls (Selasa, 11 malam)
- Pirates FC lawan KL Galaxy (Rabu, 8 malam)
Saksikan kesemuanya secara langsung di balrz.tv !