Bale Kembali Ke Dalam Skuad Real Madrid, Courtois Terus Bocor

Gareth Bale akhirnya kembali semula ke dalam pasukan Real Madrid untuk aksi pra musim selepas kes salah guna cuti sakit dengan bermain golf.

Ianya dipercayai kerana protes kepada Real Madrid yang menggagalkan usaha Bale untuk ke China.

Namun kehadiran Bale masih gagal untuk membantu Real Madrid dalam aksi pra musim berhadapan dengan AS Roma. Real Madrid tewas sekali lagi gagal menang.

Bale dimasukkan oleh Zidane ketika pasukannya diikat 2-2 oleh Roma di Stadio Olimpico. Real Madrid kemudian tewas dalam penentuan sepakan penalti.

Ini merupakan perlawanan pemanas badan terakhir Real Madrid. Lebih merisaukan adalah isu pertahanan yang terus bocor.

Paling menjadi perhatian adalah Thibaut Courtois yang bolos 8 kali daripada 5 perlawanan ataupun 315 minit aksi.

Zidane sudah mendapatkan pemain seperti Eder Militao di barisan pertahanan dan juga Ferland Mendy.

James Rodriguez tetap tidak berada dalam skuad kali ini. Namun Zidane memberikan jaminan Bale dan Rodriguez akan dilayan seperti pemain lain jika mereka kekal. Cuma buat masa ini Zidane masih membuka pintu untuk 2 pemain itu pergi.

Zidane berkata: “Apa sahaja boleh berlaku selepas 31 Ogos. Namun kita letakkan kepercayaan kepada semua pemain.”

Selain itu, Real Madrid turut dikaitkan dengan penggempur Brazil iaitu Neymar. Pasti menarik untuk mengikuti perkembangan perpindahan pemain di Real Madrid.

Namun apa yang lebih penting bagi Zidane adalah cuba mendapatkan rentak menjelang sepak mula La Liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN