Previu Piala Eropah 2016: Permusuhan Wales-England Dalam Ragbi Bakal Menular Ke Kumpulan B

Pada tahun 1977 sebelum perlawanan menentang England, kapten ragbi Wales pada ketika itu, Phil Bennett memberi kata-kata semangat berikut kepada rakan sepasukannya:

[adrotate group=”2″]

“Lihatlah apa bangsat-bangsat ini sudah lakukan kepada Wales. Mereka curi batu arang kita, bijih besi kita. Mereka beli rumah kita tapi hanya gunakannya sebagai rumah percutian mereka. Apa yang mereka beri kepada kita? Tiada apa-apa.”

“Kita sudah dieksploitasi, hak kita dicabul, dikawal dan dihukum oleh orang English – itulah musuh kita malam ini.”

Kata-kata semangat Bennett memberi kesan luar biasa kepada rakan-rakan sepasukannya. Pada malam itu, Wales berjaya menewaskan England 14-9.

Di England pula, rakyat mereka sudah biasa membuat jenaka racist kasual terhadap bangsa Welsh. Ia belum mencpaai tahap xenophobia (ketakutan melampau kepada orang asing), tetapi ia tetap mengguris hati orang Welsh.

Pada 27 Januari 2008, bekas pengacara rancangan Top Gear, Jeremy Clarkson, menulis artikel jenaka satira dalam akhbar The Sunday Times tentang topik warga asing di England. Mengenai ornag Welsh, Clarkson menulis:

“Hidup ini tak adil bila kita memikirkan tentang orang yang dilahirkan gemuk, hodoh, cacat, berambut oren, pendek atau sebagai orang Welsh. Hidup ini adalah sesuatu yang tragik.”

Hubungan orang Welsh dengan English di United Kingdom bagaikan hubungan kerajaan Macau dengan Republik China. Depan-depan, mereka tiada masalah. Tetapi di belakang, mereka mengumpat antara satu sama lain.

Ketika bersalaman dengan Wayne Rooney, kapten England nanti, Ashley Williams – rakan sejawatan dari Wales – mungkin akan senyum seperti biasa.

Tetapi tak mustahil di belakang pemain England nanti, Williams akan meniup api semangat ‘Welsh over English’ – seperti yang pernah dilakukan oleh Phil Bennett pada 1977 – untuk membantu pasukannya menang dalam perlawanan kumpulan B EURO 2016 nanti.

Turut menghuni kumpulan B bersama England dan Wales adalah Russia dan Slovakia.

Bagaimana mereka layak?

1. England

Layak dengan reputasi sebagai satu-satunya pasukan yang mempunyai rekod kemenangan 100%, England juga muncul sebagai pasukan paling banyak menjaringkan gol (31 gol) di peringkat kelayakan.

Jentera pertahanan mereka juga tak kurang hebatnya. England merupakan pasukan yang melepaskan paling sedikit percubaan ke arah gol (12 percubaan) dalam peringkat kelayakan. Maka tak hairanlah mereka hanya bolos 3 gol.

2. Wales

Kali terakhir Wales layak ke kejohanan besar bola sepak dunia adalah pada 57 tahun yang lepas iaitu kejohanan Piala Dunia edisi 1958 di Sweden.

Jadi apabila barisan skuad kebangsaan Wales berjaya layak ke EURO 2016 selepas muncul naib juara kumpulan B yang turut dihuni oleh Belgium, Bosnia Herzegovina, Israel, Cyprus dan Andorra, maka tak hairanlah mereka disanjung sebagai hero Wales – sama seperti bintang skuad ragbi mereka.

Sepanjang kelayakan, Wales hanya tewas sekali, 0-2 kepada Bosnia.

Ketika menentang Belgium – pasukan ranking ke-2 dunia – Wales tiada masalah untuk menang 1-0 di halaman sendiri dan mengikat seri 0-0 di depan penyokong Belgium.

3. Slovakia

Sejak perpisahan mereka dengan Czechoslovakia, ini adalah kali pertama Slovakia layak ke kejohanan EURO.

Berada dalam kumpulan B yang sukar, Slovakia layak selepas muncul naib juara kumpulan di belakang Sepanyol tetapi di depan Ukraine, Belarus, Macedonia dan Luxembourg.

Highlights utama sepanjang kejayaan mereka layak ke EURO 2016 adalah ketika menewaskan Sepanyol 2-1 di halaman sendiri pada 9 Oktober 2014, untuk memberi kekalahan pertama Sepanyol sejak Oktober 2006.

4. Russia

Diundi dalam kumpulan G bersama Austria, Sweden, Montenegro, Liechtenstein dan Moldova ketika kelayakan EURO 2016, Kesatuan Bola Sepak Russia (RFU) memberi tugas ringkas tetapi sukar kepada Fabio Capello – menjadi juara kumpulan.

Tugas yang sukar perlu dibayar dengan gaji yang setimpal. Jadi RFU menjadikan Capello sebagai jurulatih termahal di dunia. Capello dilaporkan meraih lebih £560,000 sepanjang kontraknya bersama RFU.

Tetapi selepas 2 kali tewas dengan Austria di peringkat kumpulan (termasuk sekadar seri 1-1 dengan Sweden dan Moldova), RFU putus harapan dengan Capello.

Russia sekadar muncul naib juara kumpulan di belakang Austria, tetapi cukup untuk melayakkan mereka ke EURO 2016.

Siapa pemain tumpuan?

England – Harry Kane (Tottenham Hotspur)

Buat kali pertamanya sejak era milennium, England bakal mempunyai seleksi penyerang yang banyak dan klinikal – dari Jamie Vardy, Daniel Sturridge, Wayne Rooney hinggalah ke Marcus Rashford.

Tetapi permata kepada semua barisan penyerang ini adalah Harry Kane.

Wales – Gareth Bale (Real Madrid)

Pemain Wales yang lain mungkin cuba menafikan bahawa pasukan mereka bukanlah sebuah ‘one-man team’ dengan kehadiran Gareth Bale. Tetapi statistik tak pernah menipu.

Sepanjang kelayakan, Bale menyumbang 64% (7 gol) daripada 11 gol yang dijaringkan oleh Wales.

Malah ketika ketiadaan Bale sepanjang Januari-Mac 2016, Wales tewas 2 kali (kepada Belanda dan Ukraine) dan seri dengan Ireland Utara dalam siri perlawanan persahabatan.

Slovakia – Marek Hamsik (Napoli)

Sejak penurunan prestasi penyerang veteran, Robert Vittek, Slovakia terpaksa bergantung harap kepada pemain jentera tengah dan pertahanan mereka untuk menjaringkan gol.

Maka tak hairanlah 13 daripada 17 gol Slovakia ketika peringkat kelayakan EURO 2016 semuanya dijaringkan oleh pemain tengah dan pertahanan mereka.

Apabila bercakap mengenai jentera tengah Slovakia, tak sah jika anda tidak menyebut nama Marek Hamsik – attacking midfielder yang kreatif, berstamina tinggi, berskil dan klinikal di depan gol.

Russia – Roman Shirokov (CSKA Moscow)

Ketiadaan perancang utama, Alan Dzagoev akibat masalah kecederaan merupakan tamparan besar buat Russia selepas kehilangan Yuri Zhirkov dan Aleksandr Kerzhakov.

Ini bermakna Russia terpaksa bergantung harap kepada kuda-kuda tua seperti Roman Shirokov, Aleksei Berezutski dan target man yang kurang dikenali, Artyom Dzyuba.

Siapa yang bakal mara?

Sesuai dengan status cemerlangnya ketika di peringkat kelayakan, England akan menjadi pasukan pilihan ramai untuk layak mudah ke peringkat seterusnya.

Persaingan merebut slot mengiringi England nanti bakal direbut antara Wales, Russia dan Slovakia.

Memandangkan Russia menurunkan pasukan paling berusia di antara 3 pasukan ini, kami melihat Wales dan Slovakia kedua-duanya berpeluang untuk mengiringi England – sama ada dengan menduduki tangga ke-2 kumpulan atau layak sebagai antara pasukan tangga ke-3 terbaik.

Baca juga: Previu EURO 2016: Kumpulan A Medan Pertembungan Adik Beradik Xhaka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN