Previu EPL: Fleksibiliti Di Tengah Asas Taktikal Arsenal Baru Pimpinan Unai Emery

Unai Emery mengambil alih Arsenal dan musim pertama beliau adalah 2018/19. Kami akan memberikan pandangan awal kami dalam previu pasukan Arsenal untuk kempen musim baharu.

Fundamental

Unai Emery memiliki skuad yang memang fundamental untuk taktikal beliau. Lembaga Pengarah Arsenal mendedahkan beliau mahu membentuk taktikal berdasarkan 2 ‘core players’ iaitu Aaron Ramsey dan Pierre Emerick-Aubameyang.

Unai Emery adalah pemegang falsafah taktikal moden dengan gerakan bola rendah. Jadi Arsenal adalah pasukan yang sangat sesuai dengan beliau.

Asas falsafah taktikal Unai Emery

Unai Emery adalah jurulatih yang menekankan aspek pertahanan sebelum menyerang. Dan ketika fasa serangan beliau sukakan fluiditi.

Pengalaman menguruskan pasukan seperti Valencia dan Sevilla antara sebab kenana Unai Emery banyak mengkaji dan meningkatkan lagi fokus kepada pertahanan. Oleh yang demikian, Unai Emery tidak boleh dipandang rendah sebagai ‘defensive coach’.

Jadi, anda boleh katakan beliau seorang yang rigid di pertahanan tetapi sangat fleksibel di tengah untuk menyokong fluiditi serangan. Oleh itu nama Aaron Ramsey keluar sebagai ‘pusat’ kepada taktikal.

Ini kerana dalam pasukan Arsenal yang ada sekarang, hanya Aaron Ramsey yang tipikal pemain box to box klasik yang boleh bermain di mana-mana peranan di tengah dan sokongan kepada penyerang.

Tekanan garisan atas

Unai Emery menggemari sistem high line pressing. Beliau melakukannya ketika di Valencia, Sevilla dan sudah pastinya dengan kualiti pasukan seperti PSG.

Jadi garisan pertahanan yang tinggi adalah sangat penting untuk menyokong sistem ini. Ianya memang sudah ada di Arsenal. Ini contoh ketika Sevilla di bawah Unai Emery bertahan di garisan tinggi dalam 4-4-2 menentang Barcelona.

Dinamik di tengah

Unit tengah perlu dinamik dan sangat fleksibel dan reaktif. Reaktif adalah merujuk kepada antisipasi yang tinggi ke atas keadaan, menghidu keadaan di mana mereka akan diserang dan terus membentuk transisi.

Pemain seperti Lucas Torreira adalah pemain yang sangat bertenaga dan beliau akan menjadi nadi penting dalam menjana dinamik di tengah.

Jadi, pemain dengan gaya permainan yang agak tempo perlahan seperti Granit Xhaka pastinya ada cabaran tersendiri. Sama ada Unai Emery perlu mengkaji sistem yang khas untuk pemain seperti ini.

Ataupun Granit Xhaka perlu berjuang untuk masuk ke dalam sistem permainan gaya Unai Emery.

Unai Emery cenderung dengan pivot yang boleh bermain sebagai bek separa (half back) untuk merancang serangan dari bawah. Ia juga untuk mengubah formasi daripada asas 4-3-3 ataupun 4-2-3-1 kepada 3-4-3 di mana 2 bek sisi ditolak ke atas dengan pivot menjadi bek ke-3.

Buat masa ini Xhaka dan Torreira dilihat calon utama.

Ketika di Sevilla Unai Emery menggemari pivot kembar namun ketika di PSG beliau lebih cenderung dengan pivot tunggal.

Corak serangan

Unai Emery pastinya gemarkan gerakan berasaskan blok paling rendah iaitu penjaga gol. Jadi, Sokratis Papastathopoulos adalah pembelian untuk membantu binaan serangan dari bawah kerana beliau adalah ball playing center back yang baik.

Seperti di jelaskan di atas, mereka sangat bergantung kepada dinamik dan fleksibiliti di bahagian tengah. Sebelum kedatangan Neymar ke PSG, Unai Emery ada Angel Di Maria yang menjadi pemain penting taktik beliau.

Pemain yang bergerak di half-space kiri pasukan. Ligue 1 bukanlah cabaran terlalu besar untuk beliau dengan kualiti pasukan yang terlalu bagus untuk liga tersebut.

Jadi, Mesut Ozil akan menjadi titik fokal yang penting kerana Ozil memang pemain yang bermain di peranan pemain tengah serangan sebelah kiri.

Aubameyang akan menjadi no.9 pasukan beliau. Dan Unai Emery boleh menggunakan 4-4-2 dengan gandingkan Aubameyang dan Lacazette di hadapan. Namun 4-4-2 akan menyukarkan Ozil.

LONDON, ENGLAND – MARCH 11: Mesut Ozil of Arsenal warms up during the Premier League match between Arsenal and Watford at Emirates Stadium on March 11, 2018 in London, England. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

Jadi, 2 formasi yang kami jangkakan akan menjadi pilihan utama Unai Emery ialah 4-3-3 dan 4-2-3-1. Dan ketika di PSG, beliau juga banyak menggunakan formasi 4-1-4-1.

Seterusnya adalah fokus kepada titik lemah lawan adalah perkara yang Unai Emery sangat pentingkan. Dalam final UEL menentang Liverpool, pasukan Sevilla memanipulasi satu zon dengan intensif iaitu di kawasan Moreno pada separuh masa kedua.

Berbalik kepada falsafah ruang, Jurgen Klopp pernah berkata:

“Dalam bola sepak ada banyak ruang, dan anda tidak boleh terlalu memikirkan untuk memecahkan semua ruang itu. Fokus kepada satu titik (point) dan cuba pecahkan kawasan itu.”

Isu 2 central winger

Arsenal ada 2 pemain central winger (pemain sayap tengah) ataupun false no.10. Ozil dan Mkhitaryan adalah 2 pemain yang tipikal sama.

Mungkin ada idea menggunakan 2 pemain ini sebagai no.8 kembar di atas no.6. Jadi formasi 4-1-4-1 mungkin akan menjadi pilihan.

Lakaran di bawah ini adalah contoh bagaimana Ozil dan Mkhitaryan menjadi 8 kembar dalam 4-1-4-1. Ia akan membolehkan mereka ‘drag’ ke bahagian sayap ataupun ke zon 14.

Namun Unai Emery mungkin boleh menggunakan pemain ini menjadi pemain sokongan kepada penyerang terutama sekali Ozil yang banyak bermain sebagai pemain sayap kiri ketika era Arsene Wenger.

Daripada rajah di atas anda sudah boleh bayangkan sistem 4-3-3 dengan Ozil dan Lacazette di bahagian sayap. 4-2-3-1 akan mewujudkan fungsi no.10 lebih dominan. Ini kerana Arsenal ada Mkhitaryan yang pernah menyatakan dia lebih selesa dengan no.10 berbanding penyerang sayap.

Rumusan

3 perkataan menggambarkan Arsenal pada musim hadapan adalah, disiplin di blok pertahanan, keduanya adalah dinamik di tengah, ketiga adalah menyerang atau menyerang balas dalam unit.

Sokongan antara pemain sangat penting. Namun ianya bukan tugas mudah untuk Unai Emery mendapatkan rentak pada beberapa perlawanan awal dalam fasa transisi.

Mencari formasi taktikal utama serta pasukan utama adalah perkara paling penting untuk dipercepatkan dalam beberapa perlawanan pertama.

Ada sesetengah pasukan mengambil sehingga 10 perlawanan dan ada yang lebih daripada itu untuk mendapatkan elemen-elemen ini. Semakin lambat mereka mendapatkannya semakin lambat mereka mendapatkan keputusan secara konsisten.

Kita sekarang bercerita tentang transisi sebuah pasukan bernama Arsenal yang sudah 22 tahun berteraskan Wengerball.

LONDON, ENGLAND – MAY 15: Arsene Wenger the Arsenal Manager and Tomas Rosicky of Arsenal after the Barclays Premier League match between Arsenal and Aston Villa at EMirates Stadium. London 15th May 2016. (Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

Tetapi ada juga pasukan yang melalui transisi ini dengan sangat cepat.

Mujur mereka dapat mengumpulkan pemain utama mereka lebih awal berbanding pasukan lain dan juga urusan perpindahan pemain juga diselesaikan awal.

Kecerdasan pemain dalam adaptasi taktikal adalah penting. Walaupun Unai Emery dan Arsene Wenger menggemari bola sepak fluid namun ada beberapa isu kelemahan Arsenal harus diselesaikan Unai Emery.

Pertama sekali ialah isu penetrasi. Jika anda penyokong Arsenal anda mungkin faham sekali masalah ini di mana Arsenal bermain pass, pass, pass tetapi sangat lemah dalam penetrasi di final third.

Dan kami sangat beharap Emery tegas dalam kuasa pengurus ketika mengendalikan pasukan besar seperti Arsenal. Beliau ada kuasa pengurus yang kuat ketika di Sevilla dan Valencia dahulu.

Jangan ulangi kesilapan ketika di PSG, isu ‘team instruction’ untuk penalti pun mengambil masa berbulan untuk selesaikannya kerana kuasa pemain bintang. Itupun sampai ke akhir musim pemain masih ada kuasa menentukan siapa mengambil penalti.

Semoga berjaya untuk Unai Emery. Dan kami tak sabar-sabar melihat transisi era Arsenal Baru di bawah pakatan Unai Emery di Emirates.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN