Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Piala Cabaran 2018

Piala Cabaran 2018 diadakan buat julung kalinya di dalam kalendar Liga Malaysia pada tahun ini.

Objektif pengenalan Piala Cabaran ialah untuk menyediakan platform pertandingan kompetitif untuk pasukan-pasukan yang gagal layak ke Piala Malaysia.

Ini bermakna, pasukan-pasukan ini turut memperolehi jumlah perlawanan yang lebih banyak seperti pasukan yang bertanding di Piala Malaysia.

Sebentar tadi berlangsung proses undian membabitkan 8 pasukan yang mengambil bahagian dalam edisi sulung pertandinga ini.

Kumpulan A

Kumpulan A menampilkan tiga pasukan dari 100Plus Liga Premier, UKM FC, Sarawak FA, Terengganu FC II dan pasukan di kedudukan ke-12 Liga Super, Negeri Sembilan.

Di atas kertas, Negeri Sembilan sudah pasti menjadi pasukan pilihan disebabkan pengalaman yang mereka miliki dalam saingan Liga Super sebelum ini.

UKM FC yang menduduki kedudukan tertinggi (tangga ke-7) dan Sarawak (tangga ke-8) turut dilihat memiliki kekuatan dan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Terengganu FC II, juga merpakan pasukan simpanan Terengganu FC I bakal beraksi di Piala FAM pada musim hadapan.

Turut hadir dala pertandingan ini, Terengganu juga pasti mahu menggunakan pertandingan ini sebagai platform mengasah lebih ramai bakat muda.

Sumber: FMLLP, Facebook

Kumpulan B

Pasukan simpanan Johor Darul Ta’zim, JDT II berada di dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Pulau Pinang, UiTM FC dan juga ATM FA.

ATM FA hadir di dalam pertandingan ini selaku pasukan jemputan menggantikan Kuantan FA yang menarik diri dari saingan Liga Perdana pada pertengahan musim.

Tidak banyak yang boleh membezakan kekuatan di antara UITM FC dan Pulau Pinang di atas kertas.

Masing-masing menamatkan saingan di tangga ke-9 dan ke-10 100Plus Liga Premier pada musim ini.

Penutup

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir. Pasukan manakah yang akan bergelar jaura sulung Piala Cabaran 2018?

Aksi pertama peringkat kumpulan akan berlangsung pada 7 dan 8 Ogos dan aksi terakhir peringkat kumpulan adalah pada 18 dan 19 September.

Empat pasukan yang layak ke separuh akhir akan beraksi pada 25 dan 26 Oktober serta 2 dan 3 Oktober dengan pentas akhir Piala Cabaran yang bakal berlangsung di venue neutral dijadual pada 13 Oktober.

Jadual awal ini bagaimanapun tertakluk kepada sebaran pindaan oleh pihak FMLLP.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN