Diumum Jadi Pemilik Bari, Laurentiis ‘Dihalau’ Oleh Penyokong Napoli

Aurelio De Laurentiis sah menjadi pemilik Bari yang baharu dan mahu membantu kelab itu bangkit daripada kemuflisan.

Kelab tersebut diisytiharkan muflis dan tidak boleh bermain dalam Serie B. Kesemua pemain mereka perlu dilepaskan segera sebagai ejen bebas.

Laurentiis berjaya meyakinkan Datuk Bandar Bari untuk mengetuai kelab tersebut bangkit daripada kemuflisan.

Dalam undang-undang sukan di Itali, seseorang itu boleh menjadi pemilik baharu sesebuah kelab yang muflis atas kuasa perlantikan oleh Datuk Bandar tempat sesebuah kelab beroperasi.

Di Itali sudah beberapa kelab mengalami masalah ini dan perlu menukar nama kelab tersebut. Ini yang membuatkan ada beberapa kelab hilang identiti penting mereka iaitu nama asal.

Misalnya Florentia Viola menjadi Fiorentina selepas ia berpindah hak milik. Nama Florentia Viola merupakan nama asal kelab itu ketika ia ditubuhkan.

Parma juga kini digelar Parma Calcio 1913 selepas diisytihar muflis pada 2015.

Laurentiis dilaporkan membida hak pemilikan itu dengan disaingi oleh Presiden Lazio, Claudio Lotito.

Datuk Bandar Bari, Antonio Decaro dalam kenyataan media beliau berkata:

“Saya mendapat kuasa ini pada 23 Julai. Saya bertanggungjawab memastikan sukan ini hidup di Bari dan berberapa hari ini saya sudah bercakap dengan semua orang, penyokong, presiden, syarikat pelabur dan eksekutif.”

“Semua perkara ini telah membawa kepada satu keputusan yang mana saya percaya akan memberikan kejayaan. Saya tidak menyangka ada banyak tawaran untuk menjadi pemilik baru.”

“Semuanya ada 11, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.”

“Keputusan muktamad dan tanggungjawab itu adalah di tangan saya, dan saya mahu berterima kasih kepada ahli jawatankuasa.”

“Saya sangat jelas akan pilihan ini, tiada formula matematik di sebaliknya, tetapi saya tak boleh tidur kerana bekerja keras untuk perkara ini.”

“Saya rasa ini adalah keputusan demi kebaikan bandar dan penyokong yang mahukan kompetensi, transparensi dan penuh hormat. Dan saya percaya saya ada parameter penghormatan itu.”

“Saya pilih Aurelio De Laurentiis kerana dia seorang ekonomis dan seorang pengarah sukan yang kompeten.”

Beliau juga mengumumkan Bari akan bermain di Serie D pada musim baru ini.

Penyokong Napoli marah!

Berita ini membuatkan penyokong Napoli tidak berpuas hati. Ramai yang mendesak Aurelio De Laurentiis melepaskan jawatan beliau di Napoli.

Ini kerana Laurentiis lebih kisah nak menyelamatkan pasukan bandar lain.

Pada malam semalam juga penyokong menaikkan banner. Salah satu daripadanya bertulis:

“ADL (singkatan nama Laurentiis), bukan sahaja Bari, tetapi kelab lain (jika kamu jadi pemilik), sila nyah darip bandar kami.”

“Ini bukan masanya nak tunjuk hero”

Penyokong Napoli kecewa dengan cara Laurentiis bekerja dalam beberapa bulan ini.

Dalam 2 minggu terakhir mereka dilaporkan terlepas 5 pemain sasaran mereka.

Laurentiss pula masih ada masa memberikan komen tentang perpindahan Cristiano Ronaldo dan mengkritik Juventus. Napoli musim lalu menyaingi Juventus dalam kejuaraan liga.

Penyokong mengharapkan ada tambahan kekuatan pada musim ini. Sebaliknya mereka hilang beberapa pemain penting termasuk Jorginho dan Pepe Reina.
Pasukan seperti Inter Milan, Juventus dan AS Roma pula lebih baik dalam perpindahan kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN