Berusia 40 tahun, amat jarang kita menemukan jurulatih berbangsa Inggeris semuda dan seperti Eddie Howe.
Di Bournemouth, Eddie Howe menerapkan aspek penguasaan bola yang dinamik di dalam permainan pasukannya.
Ini menjadikan corak permainan Bournemouth sebagai salah sebuah pasukan yang menghiburkan di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Falsafah bola sepak Eddie Howe
Corak permainan dan arahan kepada pemain amat mudah. Tiada ‘fancy football’ dikehendaki, dan Howe hanya menuntut fokus dan disiplin sebagai sebuah pasukan ketika berada di dalam padang.
Aspek teknikal dan kualiti pemain mungkin mempengaruhi corak permainan yang diterapkan oleh Howe. Tetapi itu bukan keutamaan buat jurulatih ini.
Sebaliknya, Howe mahu setiap pemain beraksi sebagai sebuah unit yang efektif.
Tanpa nama-nama besar seperti yang dimiliki oleh Liverpool dan Manchester City sebagai contoh, Howe boleh dianggap berjaya membentuk sebuah pasukan yang mampu memenangi mana-mana perlawanan mengikut acuan beliau tersendiri.
Pembinaan pasukan musim 2018/19
Bournemouth mengekalkan hampir keseluruhan pemain utama mereka pada musim lalu.
Dua nama baru yang dibawa masuk ialah penyerang, David Brooks dari Sheffield United dengan tanda harga dilaporkan sekitar £11.5 juta.
Welcome to the club, Diego! ?
We’re delighted to officially confirm the signing of Spanish defender Diego Rico for an undisclosed fee from @CDLeganes. #afcb ?https://t.co/NBuT1eCqtW
— AFC Bournemouth ? (@afcbournemouth) July 24, 2018
Penyerang antarabangsa Wales itu hanya berusia 21 tahun, dan dilihat sebagai pemain sokongan kepada Callum Wilson.
Menariknya, Howe turut mampu meyakinkan bek kiri Leganes, Diego Rico. Rico dikhabarkan turut ditawarkan kontrak yang lebih lumayan oleh Borussia Dortmund, namun akhirnya memilih untuk menyertai Howe di Bournemouth.
Ini menjelaskan tahap keyakinan pemain pertahanan berusia 25 tahun itu terhadap apa yang Howe bina di Bournemouth.
Formasi dan taktikal
Skuad kendalian Howe mungkin tidak memiliki kualiti yang cukup untuk bermain ‘possesion football’ seperti yang mereka cuba pamerkan.
Namun ia tidak menghalang mereka dari cuba melakukannya dengan corak permainan berpaksikan hantaran menarik. Amat jarang sekali melihat pasukan ini menggunakan permainan ‘long ball’ walaupun tidak memiliki pemain dengan kualiti yang dikehendaki.
Musim lalu Bournemouth cenderung dengan sistem 4-4-1-1 yang berubah kepada 4-3-3 atau 4-2-3-1 bergantung kepada taktikal yang diterapkan lawan.
Struktur formasi ini memberi kelebihan kepada taktikal Howe yang memberi keseimbangan dan stabiliti di fasa serangan dan pertahanan.
Asas permainan oleh Howe cukup mudah. Ketika pasukan mempunyai penguasaan bola, fokus ialah kepada kualiti peluang yang dicipta dan bukan kepada kuantiti.
Ketika lawan menguasai bola, arahanya ialah rampas bola secepat mungkin untuk mengelakan lawan mengancam kubu pertahanan.
Namun dalam beberapa perlawanan pada musim lalu, dan juga ketika perlawanan persahabatan pra musim, Howe turut fleksibel menggunakan sistem 5-3-2 yang boleh berubah kepada 3-5-2.
Untuk memahami fasa taktikal Eddie Howe, ada tiga perkara utama yang boleh digariskan:
1. Penyerang kedua
Joshua King adalah penyerang kedua utama pasukan Bournemouth dengan 33 penampilan di saingan liga pada musim lalu.
Peranan utama King sebagai penyerang kedua amat mudah, iaitu untuk menghubungkan bahagian tengah dan juga penyerang. Pernah beraksi sebagai pemain sayap dan juga penyerang, memudahkan King untuk beraksi di peranan ini.
Beliau boleh turun ke bawah (drop deep) untuk mendapatkan bola dari kawasan tengah, dan menggunakan keupayaan teknikal yang dimiliki untuk menewaskan pertahanan lawan untuk melakukan percubaan atau pun membuka ruang buat rakan yang lain.
Keupayaan yang dimiliki oleh King menjadikan beliau sebagai aspek penting di fasa serangan oleh Bournemouth.
2. High pressing
Seperti taktikal bola sepak moden yang lain, Howe turut menerapkan high pressing di dalam sistem permainan Bournemouth.
Setiap kali pemain lawan memiliki bola, pemain terdekat harus melakukan pressing terhadap pemain lawan. Tujuannya ialah untuk memaksa lawan melakukan kesilapan.
Apabila pemain lawan gagal menghantar bola dengan kemas akibat tekanan pemain Bournemouth, di situlah bermulanya giliran bournemouth mula melakukan hantaran-hantaran untuk tujuan serangan.
Ia adalah ideologi Howe ketika beliau mahukan pasukan melakukan tugas bertahan.
Apabila pasukan berjaya memenangi kembali penguasaan bola, ia sekaligus mengurangkan risiko oleh lawan untuk melakukan ancaman.
3. Ancaman dari sayap
Bournemouth adalah sebuah pasukan yang gemar menggerakan serangan dari setiap sisi sayap secara efektif.
Buktinya, dari 45 gol yang dijaringkan oleh 13 daripadanya adalah hasil bantuan gol dari pemain sayap, atau pun dari posisi bek sayap.
Ini menjelaskan betapa efektifnya Bournemouth beroperasi dari bahagian sayap di fasa serangan.
Musim 2018/19
Di dalam tempoh enam tahun, Howe telah berjaya membawa transformasi kepada Bournemouth.
Dari sebuah pasukan yang beraksi di League Two pada mulanya, Howe kini berjaya membawa pasukan ini bersaing dengan pasukan-pasukan utama di EPL.
Pencapaian terbaik mereka pastinya pada musim 2016/17 apabila mengakhiri saingan di tangga ke-9. Musim lalu menyaksikan sedikit kemerosotan apabila Bournemouth menduduki tangga ke-12.
Cabaran musim ini semakin sukar, dengan setiap pasukan turut mendapatkans pemain terbaik bagi menguatkan cabaran pasukan masing-masing.
Kelompok pertengahan liga adalah sasaran yang realistik, namun pasukan yang sinonim dengan nama panggilan Boscombe ini turut mempunyai kemampuan untuk melakar kejutan untuk merebut tempat ke eropah (Europa League).
Penutup
Digemari di kalangan pemain dan staff, kualiti ‘man management’ yang dimiliki oleh Eddie Howe ini setanding dengan fleksibiliti dan corak permainan mudah dan bijak yang diterapkan oleh beliau.
‘Attractive Football’. Mungkin itulah cara paling tepat menggambarkan bola sepak yang ditampilkan oleh Howe bersama Bournemouth.