Maurizzio Sarri Tak Gembira Situasi Pelik Willian, Beri Penjelasan Situasi Hazard Dan Courtois

Pengurus Chelesea, Maurizio Sarri memang terkenal dengan sikapknya yang berterus-terang. Terbaru beliau menyatakan kekecewaannya kepada Willian.

Willian tidak melaporkan diri ke kem pra-musim selepas cuti diberikan kelab kepada beliau tamat. Sarri menganggap situasi itu sebagai agak pelik.

Willian sepatutnya ada bersama-sama pasukan dalam perlawanan Piala ICC di Dublin menentang Arsenal.

Sarri menyatakan beliau mahu Willian ada dalam pasukan kerana pemain itu merupakan pemain utama Chelsea.

Sarri menggambarkan yang Willian adalah nama yang sangat penting dalam perancangan pasukan beliau.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 20: Willian of Chelsea celebrates after scoring his sides first goal during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Chelsea FC and FC Barcelona at Stamford Bridge on February 20, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images,)

Chelsea kini dalam rangka persiapan untuk menghadapi Manchester City dalam perlawanan Perisai Komuniti.

Ditanya, adakah benar Willian terpaksa melengahkan kepulangannya kerana masalah pasport, Sarri menjawab:

“Saya mahu bercakap dengan Willian dahulu sebelum menjawab soalan anda ini. Dan saya tak tahu.”

“Saya ingin mendengar sendiri daripada beliau. Saya tidak gembira dengan keadaan sekarang ini.”

“Sebab itu saya kata, sebelum saya jawab soalan anda, saya perlu mendengar daripada dia sendiri kerana situasi ini agak pelik.”

Ditanya tentang masa depan Hazard dan Courtois yang dikaitkan dengan perpindahan keluar. Sarri menyatakan beliau mahukan 2 pemain itu kekal kerana mereka adalah pemain penting kelab.

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 23: Eden Hazard of Belgium celebrates after scoring his team’s fourth goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group G match between Belgium and Tunisia at Spartak Stadium on June 23, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

“Saya akan berjumpa mereka pada Sabtu ini. Jadi, saya tak pasti apa situasinya buat masa ini.”

“Sudah pastinya kami mahukan mereka kekal. Kita sekarang sedang bercakap tentang pemain berkualiti dan kesemua kelab mahu mengekalkan pemain berkualiti mereka. Itu yang sedang kita lakukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN