Mengenang Kelab Legenda FC Bari Yang Muflis Sehingga Tak Mampu Bayar Bil Air

FC Bari adalah kelab yang paling berjaya di Wilayah Apulia dengan 4 kejuaraan Serie B. Mereka boleh dikatakan kelab legenda kerana sudah bertapak di Itali sangat lama.

Inilah kelab yang melahirkan Leonardo Bonucci, Rannochia dan Antonio Cassano pada era moden.

Kelab ini pernah melakukan perpindahan terbesar dalam sejarah Itali pada 1991 dengan mendapatkan David Platt.

Mereka membayar £5.5 juta untuk Platt ketika itu. Penyerang sensasi mereka Igor Protti pernah menjadi pemenangn kasut emas Serie A.

Tertubuhnya FC Bari

FC Bari ditubuhkan pada 15 Januari 1908. Lebih 110 tahun yang lalu daripada tarikh artikel ini diterbitkan. Bari adalah simbol orang luar Itali yang datang bekerja di negara mereka.

Antara yang terlibat dalam penubuhan kelab ini ialah Floriano Ludwig dari Jerman, Gustavo Kuhn dari Switzerland dan pedagang tempatan mereka Giovanni Tiberini. Mereka menggunakan nama Football Club Bari (FBC Bari).

Pada awal penubuhan kelab ini ramai pemain mereka berasal dari luar Itali.

Di Bari turut ada satu lagi kelab bernama Football Club Liberty. 2 kelab ini bermain di Serie A musim 1924/25 bersama sebuah lagi kelab dari Bari. Namun ketiga-tiga kelab tersebut tersingkir ke Serie B pada akhir musim.

Unione Sportiva Bari

Selepas beberapa kelab di Itali bergabung, di Bari, mereka juga memikirkan hal serupa. Pada 6 Februari 1927, FBC Bari and FBC Liberty bergabung dan memebentuk Unione Sportiva Bari ataupun hanya disebut Bari.

Ia simbol kesatuan orang di bandar Bari. Pada 1928/29, sistem liga di Itali dijenamakan semula dan Bari diletakkan di Serie B. Salah seorang pemain mereka dipanggil mewakili Itali iaitu Raffaele Costantino.

Era terbaik Bari dalam bola sepak Itali adalah pada dekad 1930-1940 di mana mereka banyak bermain di Serie A. Pencapaian tertinggi mereka ketika itu adalah berada di tangga ke-7 pada 1947.

Pada era 1950-an Bari berhadapan dengan kemerosotan. Namun pada akhir 1950-an mereka berjaya bermain di Serie A dari 1958-1961.

Pada 1974 mereka tersingkir ke Seire C dan menamatkan musim hanya 12 gol daripada 38 perlawanan. Mereka kembali semula ke Serie B pada akhir 70-an, dan kembali semula ke Serie A pada 1985 selepas terlepas pada 1982.

Pada 1990 mereka menamatkan Serie A di tangga ke-10, itu adalah aksi terakhir mereka di Della Vittoria, kerana mereka berpindah ke Stadium San Nicola pada 1991 yang dibina kerajaan Itali untuk Piala Dunia Italia 1990.

Pada 1992, walaupun ada pemain termahal dalam sejarah Itali, David Platt, mereka tersingkir sekali lagi. Namun Bari kembali semula ke Serie A pada 1994. Pada 1996 mereka tersingkir lagi.

Mereka melahirkan bakat-bakat baru seperti Nicola Ventola, Gianluca Zambrotta, Antonio Cassano dan Diego De Ascentis yang membantu mereka mereka kembali ke Serie A pada 1997.

4 musim mereka di Serie A, mereka jatuh lagi ke Serie B. Sehinggalah pada 2009, pengurus muda Antonio Conte membawa mereka kembali semula ke Serie A.

Pada 2009, JMJ Holdings cuba membeli kelab ini namun gagal. Dengan adanya Leonardo Bonucci di bek tengah dan Barreto di serangan, Bari menjadi pasukan yang agak berkualiti dan menamatkan liga di tangga ke-10.

Malangnya, pada akhir tahun 2009, mereka mengalami kerugian €19 juta. Ini yang membuatkan mereka tidak boleh membeli pemain baharu untuk musim baru.

Tempoh pinjaman Barreto pula tamat dan lebih malang beliau patah kaki pada pertengahan musim 2010/11. Bari hanya mampu mendapat Almiron dan Ghezzal.

Mereka kehilangan Bonucci dan Ranocchia. Ini kehilangan yang agak besar.

Daripada untung kepada rugi teruk

Dengan penjualan Bonucci serta pendapatan daripada hak penyiaran, Bari berjaya menghapuskan defisit akaun mereka dan untung €6.45 juta.

Mereka meningkatkan pendapatan kelab kepada €14 juta. Ini adalah kejayaan penjualan jenama mereka.

Malangnya, pada akhir musim 2010/11 mereka tersingkir ke Serie B. Ini adalah permulaan kepada masalah kewangan kritikal mereka. Lebih sedih, mereka tersingkir pada perlawanan Serie A ke-1,000 mereka pada 4 Mac 2011.

Musim di mana, Andrea Massiello terlibat skandal mengatur perlawanan dengan menyumbat gol ke gawang sendiri dengan sengaja dalam derbi meneng Lecce.

Beliau mengakui melakukannya ketika disiasat. Massiello menyatakan dia menerima suapan itu kerana gaji tidak dibayar kelab yang ada masalah kewangan.

Ketika ini, penyokong terkejut kerana pemilik kelab dilihat gagal mentadbir kewangan kelab selepas menjana keuntungan.

Berakhirnya era keluarga Matarrese

Pada Jun 2011, Presiden kelab, President Vincenzo Matarrese dan kesemua lembaga pengarah meletakkan jawatan. Matarrese menjadi Presiden kelab mereka selama 28 tahun.

Beliau meninggalkan hutang yang sangat banyak iaitu sekitar €30 juta.

Masalah kewangan kritikal

Masalah kewangan mereka kritikal dan membuatkan mereka gagal membayar gaji pemain. Mereka ditolak 6 mata pada awal musim 2011/12. Ramai pemain dilepaskan secara ejen bebas dan menggunakan pemain akademi.

Walaupun 2 musim berturut-turut mereka dipotong 6 dan 7 mata, mereka tetap menamatkan kempen Serie B di pertengahan liga.

Tetapi Bari berhadapan dengan masalah kepercayaan daripada pelabur. Penyokong mereka semakin berkurang, perkara yang mempengaruhi kutipan pada hari perlawanan.

Februari 2014 dan dilelong kepada umum pada 12 Mei 2014. Namun mereka gagal mendapatkan pembida. Bari dalam bahaya.

Lelongan muflis kali ke-3 dibuat pada 20 Mei 2014 dengan harga diminta hanya €2 juta dan berjaya mendapatkan pembeli.

Selepas 3 dekad di bawah pemilikan keluarga Matarrese, Bari akhirnya dimiliki oleh Gianluca Paparesta, bekas pengadil yang membeli kelab daripada lelongan muflis.

Era Datuk Noordin Ahmad

Paparesta adalah orang kelahiran Bari. Pada 2016, beliau berjaya mendapatkan jutawan baru untuk kelab tersebut iaitu peniaga dari Malaysia, Datuk Noordin Ahmad.

Datuk Noordin Ahmad memiliki 50% pegangan saham dalam kelab. Manakala 5% daripada pegangan saham milik jutawan tempatan Bari iaitu Cosmo Giancaspro.

Giancaspro dilantik menjadi presiden kelab yang baharu. Hari tersebut dianggap sebagai hari gembira untuk para penyokong.

Datuk Noordin Ahmad bercita-cita besar termasuk mahu menjuarai Serie A dalam masa 5 tahun.

Namun begitu, Bari gagal untuk melaksanakan pembinaan semula Stadium San Nicola. Ini selepas Antonio Decaro menolak untuk menggunakan dana awam untuk stadium bola sepak.

Decaro memberikan jaminan sewaan jangka panjang kepada Bari namun tidak mahu melaburkan sebarang wang kepada sebarang unsur berkaitan stadium atas tujuan bola sepak.

Perkara ini membuatkan Stadium San Nicola kian hambar.

Menuju kehancuran

Pada Januari 2018, pemain-pemain mengadu gaji mereka tak dibayar.

Para pemain dan kelab didenda oleh kerajaan kerana gagal melangsaikan cukai mereka.

Bari gagal mendapatkan lesen beraksi di Serie B  bersama-sama dengan Cesena dan juga Reggiana yang gagal mendapatkan lesen beraksi di Sere C.

Sejak Fiorentina muflis pada 2002, sebanya 153 kelab baru di Itali ditubuhkan semula, dan beberapa kelab lagi digabungkan serta ada yang lenyap selama-lamanya.

Pada Mac 2018, kelab berhutang  €16 juta dengan tiada aset ataupun suntikan dana. Mereka kini hanya berharap kepada promosi ke Serie A untuk menyelamatkan kelab.

Serie A mengumumkan bahawa hak penyiaran pada 2018/19 bernilai €1.05 billion semusim dan Bari pastinya sedar itulah satu-satunya cara mereka untuk mendapatkan wang.

Mereka berjaya mara ke play-off namun kerana ditolak 2 mata atas kesalahan melibatkan kewangan, mereka diundi dalam laluan sukar dan gagal untuk mara ke Serie A.

Lebih memburukkan keadaan pada Jun 2018, kelab mereka dipotong bekalan air kerana gagal membayar bil air yang tertunggak beberapa bulan berjumlah €6,000.

Stadium mereka tiada air dan pengurusan tidak mampu untuk menyiram air untuk menjaga padang sekalipun.

Stadium yang dahulunya digelar ‘kapal angkasa’ itu menjadi tidak terurus.

Kelab dan juga majlis bandaraya gagal mencari penyelesaian untuk isu tersebut. Dan kesemua pihak seakan-akan sudah buntu. Bagaimana mahu beraksi dalam liga utama (Serie A dan Serie B) ?

Giancaspro kemudian cuba mendapatkan suntikan dana dengan mengadakan perjumpaan dengan pemilik kelab Leeds United, Andrea Radrizzani.

Namun perbincangan itu gagal selepas Giancaspro disabitkan dengan kesalahan penyeludupan wang haram. Beliau terpaksa melepaskan semua kepentingannya dalam kelab tersebut serta merta.

Kos stadium memang menjadi masalah utama di Itali. Juventus yang kaya raya berbanding banyak kelab Itali yang lain pun tidak sanggup untuk menyewa stadium lagi.

Juventus membina stadium yang lebih kecil daripada Delle Alpi tetapi tak mengapa, ianya menjadi aset kelab dan tidak perlu berhadapan dengan ahli politik yang tidak ada keutamaan ke atas bola sepak.

Ramai juga ahli politik yang ada kaitan dengan pengurusan stadium mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran tidak munasabah kepada kelab atas alasan, wang itu digunakan untuk orang awam yang berhak ke atas stadium.

Pada era Giancaspro beliau menaikkan harga tiket kerana kos operasi kelab. Namun, ramai penyokong hampa kerana menunggu terlalu lama untuk kembali ke Serie A.

Pada 2014, dalam play-off ke Serie A menentang Latina, mereka menarik 50,000 penyokong. Namun angka itu hanya 20,000 untuk play off menentang Novara pada 2016.

Muflis

Dan pada pertengahan Julai 2018, kelab tersebut akhirnya diiktiraf muflis. Kuasa mencari pemilik baharu diserahkan kepada Datuk Bandar Antonio Decaro pada 23 Julai 2018.

Kesemua pemain mereka dilepaskan untuk menjadi ejen bebas.

Decaro memilih Aurelio De Laurentis sebagai pemilik baharu. Di hadapan 4,000 orang penyokong, beliau berjanji akan membantu kelab tersebut bangkit semula.

ROME, ITALY – MAY 10: Chairman of Napoli Football Club Aurelio De Laurentiis delivers a speech during his visit to the foreign press center in Rome, Italy on May 10, 2017. (Photo by Baris Seckin/Anadolu Agency/Getty Images)

Decaro juga menyatakan yang kelab akan kembali beraksi di gelanggang lama mereka iaitu Stadio della Vittoria.

Decaro meminta untuk beraksi di Serie C kerana ianya boleh membantu menarik pelabur. Mereka menerima pemotongan mata. Tetapi ianya ditolak. Dan Bari perlu bermula di Serie D musim akan datang ini.

Penyokong mereka meratapi ‘kematian’ kelab legenda bernama Bari itu. Seorang penyokong tegar mereka, Alfred Ricci yakin yang Bari akan bangkit kerana Bari tidak akan pernah mati.

Para penyokong masih berarak dan menyanyikan chants kelab dengan menaikkan mafla warna kelab mereka.

Mereka akan menggunakan nama baharu selepas itu kerana kelab yang muflis tak boleh menggunakan nama yang sama di bawah pemilikan baharu. Itu sudah termaktub dalam perundangan sukan di Itali.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN