Šime Vrsaljko Bertekad Mahu Buatkan Seluruh Peminat Inter Milan Bergembira

Inter Milan secara rasmi mengesahkan telah menandatangani pemain pertahanan Croatia, Šime Vrsaljko bersama pasukan mereka.

Pemain berusia 26 tahun itu akan menyertai Inter Milan secara pinjaman selama satu musim dari Atletico Madrid.

Sumber Football-Italia melaporkan, Inter Milan telah membelanjakan sebanyak 6.5 juta Euro untuk mendapatkan pemain tersebut.

Namun, Inter Milan harus membayar baki selebihnya sebanyak 17.5 juta Euro dipenghujung musim nanti.

“Saya sangat gembira dan berbangga kerana dapat menyertai kelab hebat seperti Inter.” jelas Vrsaljko selepas selesai menjalani sesi ujian kecergasaan yang dipetik menerusi kenyataan beliau di laman rasmi Inter Milan

Mengulas mengenai pengaruh kuat dari rakan senegara yang membuat beliau memilih untuk menyertai Inter. Ini penjelasan Vrsaljko;

“Saya sudah berpengalaman di Itali, selepas kejayaan saya di Genoa dan Sassuolo, saya sudah bersedia untuk melakukan pengembaraan baru bersama Inter.

“Rakan sepasukan, Ivan Perišić dan Marcelo Brozović banyak mempengaruhi saya untuk datang ke sini, kami banyak bercakap tentang Inter”

“Selain itu, saya pernah menerima mesej dari Matteo Politano, dia memberitahu saya bahawa dirinya amat gembira mendengar berita yang dikaitkan saya dengan Inter. Saya dan Politano pernah bersama dalam satu pasukan semasa di Sassuolo.”

Selain itu, Vrsaljko turut bercakap mengenai impiannya bersama Inter untuk musim ini.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 11: A delighted Sime Vrsaljko of Croatia after reaching the world cup final during the 2018 FIFA World Cup Russia Semi Final match between England and Croatia at Luzhniki Stadium on July 11, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

“Setiap pemain yang dimiliki mampu membawa sesuatu, kami bermain di Liga Juara-Juara musim ini dan kami semua akan berjuang dengan memberi kekuatan semaksima yang mungkin untuk mencapai keputusan penting.

“Apa yang paling pastinya, kami tekad mahu menjadikan seluruh peminat Inter Milan berasa gembira. ”

“Akhir kata, saya mengucapkan selamat buat semua peminat Nerazzurri, saya sentiasa bersemangat di padang dan saya berharap kita semua akan bahagia pada akhir musim.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN