Barcelona Hampiri Perpindahan Untuk Pemain Bayern Munich Arturo Vidal

Barcelona kini selangkah lagi dalam usaha mereka untuk mendapatkan pemain Bayern Munich iaitu Arturo Vidal.

Vidal yang merupakan pemain kebangsaan Chile dijangka akan ke Catalunya untuk menjalani ujian perubatan bersama pasukan La Liga tersebut untuk melengkapkan perpindahan itu.

Perginya Vidal ke Barcelona itu selepas mendapatkan kebenaran daripada pengurus Bayern Munich iaitu Niko Kovac.

Menurut laman The Guardian, Barcelona akan membayar yuran perpindahan sebanyak £27 juta untuk melengkapkan perpindahan pemain tersebut.

Sekiranya tiada yang menghalang, Vidal akan menjadi pemain keempat yang dibeli oleh Barcelona pada musim perpindahan ini.

Sebelum ini, mereka telah mendapatkan Arthur dan juga Malcom.

Selain itu, Barcelona juga telah mendapatkan pemain Perancis iaitu Clément Lenglet untuk menguatkan skuad mereka.

Barcelona juga bercita-cita untuk mendapatkan pemain Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Adrien Rabiot.

Namun begitu, PSG tidak mahu melepaskan pemain tersebut dan kerana itu Barcelona mengalihkan tumpuan mereka kepada Vidal.

Selain Barcelona, mereka disaingi oleh Internazionale yang turut mahukan Vidal sebagai pemain mereka.

Namun begitu, dengan perpindahan ke Barcelona itu hampir pasti telah membuatkan Internazionale beralih arah dan mahu mendapatkan pemain lain.

Mereka memasang impian besar untuk mendapatkan pemain utama Real Madrid dan juga kapten Croatia iaitu Luka Modric.

Barcelona merupakan juara La Liga musim lalu serta memperoleh gelaran Copa Del Rey.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN