‘Prestasi Kembali Memuncak’- Wan Zack Haikal Akui Kini Diintai Beberapa Kelab

Pemain sayap lincah Perak, Wan Zack Haikal secara tiba-tiba kembali mencuri tumpuan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), selepas tampil begitu menyakinkan bersama pasukan tersebut.

Sebelum itu, Wan Zack menjadi antara pemain muda yang sangat menyerlah ketika awal pembabitan beliau dalam dunia bola sepak termasuk ketika mewakili pasukan kebangsaan.

Namun, masalah kecederaan yang melanda serta konsistensi permainan ditampilkan beliau selepas itu kurang memberansangkan sehingga namanya sedikit tenggelam dalam kalangan peminat.

Sehingga pada tahun ini Wan Zack kembali membuktikan diri beliau masih lagi berbisa dan mampu menjadi tunjang utama kekuatan Perak menerusi sumbangan besar beliau di posisi serangan.

Rekod semasa ketika ini menyaksikan Wan Zack sudah pun meledak empat jaringan keseluruhan daripada 21 perlawanan membabitkan beliau bersama Perak dalam saingan domestik.

Malah, pada perlawanan terbaharu ketika menentang Kelantan juga menyaksikan Wan Zack memainkan peranan cukup besar untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan menerusi gerakannya.

Selain tajam di hadapan gol, pemain ini masih lagi lincah di atas padang menerusi kawalan bola beliau yang mampu mengelirukan lawan, serta kreatif menjana serangan bersama rakan sepasukan lain.

Maka, tidak hairan beberapa kelab lain kini pastinya memantau kelibat penyerang tersebut untuk ditandatangani bagi memperkukuhkan aspek serangan mereka untuk cabaran musim hadapan.

Hal ini diakui sendiri pemain tersebut yang menyatakan beberapa pasukan lain sudah pun mengintai peluang untuk cuba mendapatkan khidmat beliau.

Walaupun begitu, pemain berusia 32 tahun itu mengakui masih mempunyai baki kontrak selama beberapa bulan bersama Perak dan menunggu keputusan bakal dikeluarkan oleh pengurusan kelab berkenaan.

“Alhamdulillah ada juga pasukan bertanyakan kontrak saya dengan Perak. Saya menghormati kontrak dengan Perak yang berbaki lagi beberapa bulan dan sehingga kini saya belum buat apa-apa keputusan kerana masih menunggu keputusan daripada pihak pengurusan Perak,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Wan Zack juga tidak melupakan jasa pengendali Perak iaitu Yusri Che Lah yang memberi peluang buat diri beliau untuk kembali berada di prestasi memuncak dalam saingan Liga Super musim ini.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada jurulatih Yusri kerana selalu beri saya peluang dan kata-kata semangat untuk saya berusaha mencari prestasi sebenar saya,” jelas beliau lagi.

Pada pandangan anda, adakah wajar Wan Zack kembali diberikan peluang untuk beraksi di pentas kebangsaan semula jika prestasi pemain itu terus kekal positif bersama Perak?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN