Jentera Serangan Harimau Malaya Antara Kelemahan Perlu Diperbaiki

Skuad Harimau Malaya kini boleh dianggap sebagai salah satu pasukan di Asia Tenggara yang sedang meningkat naik, selepas posisi kejurulatihan diberi kepada Kim Pan-gon.

Sejak pengendali tersebut memegang tampuk kejurulatihan skuad kebangsaan, segalanya tampak lebih positif dengan corak permainan ditampilkan juga menjadi semakin memberansangkan.

Apatah lagi, Malaysia kini juga mampu untuk memberi saingan bersama negara-negara yang berada di kedudukan ranking lebih tinggi di pentas antarabangsa.

Malah, perkara tersebut turut diakui oleh legenda bola sepak negara iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan yang menyatakan skuad kebangsaan kini berada di landasan terbaik walaupun ranking semasa mengalami penurunan.

Sebelum itu, ranking semasa negara sedikit terjejas selepas mereka mencatat kekalahan tipis 0-2 di tangan Tajikistan bagi saingan Pestabola Merdeka, selain faktor negara di tangga terdekat Malaysia turut mencatat kemenangan untuk meraih kutipan mata lebih tinggi.

Menurut pengamatan Zainal, skuad kendalian Kim itu jelas mengalami peningkatan cukup baik sehingga mampu memberi cabaran sengit bersama pasukan yang berada di kedudukan ranking lebih tinggi.

Selain itu, bekas pemain Selangor tersebut juga yakin Kim mampu untuk merangka strategi lebih ampuh serta memperbaiki segala aspek kelemahan untuk siri perlawanan akan datang.

“Skuad Harimau Malaya berada di landasan yang betul, sekarang ini kita dapat melihat mereka beraksi dengan baik dan banyak perkara sudah diperbaiki sejak daripada tempoh dua tahun lalu.

“Saya juga berpendapat Pan Gon mungkin sudah berkira-kira segala kemungkinan akan berlaku sebelum mengharungi kejohanan Piala Asia.

“Apa yang penting adalah sokongan daripada semua pihak supaya pasukan kita akan tampil lebih meyakinkan pada Piala Asia tahun depan,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Zainal turut mengulas tentang isu ketajaman barisan penyerang negara antara yang perlu diperbaiki sebelum mereka menghadapi aksi seterusnya.

“Pada perlawanan Pestabola Merdeka menentang Tajikistan lalu menyaksikan kita banyak mencipta peluang namun tidak diterjemahkan kepada gol.

“Sebagai bekas penyerang kebangsaan, perkara penting dalam setiap perlawanan adalah menjaringkan gol. Oleh itu pada perlawanan akan datang iaitu kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, perlulah atasi kelemahan ini,” katanya akhir sekali.

Jika dilihat situasi kelemahan semasa Harimau Malaya yang diperkatakan oleh Zainal itu adalah tepat, kerana skuad kebangsaan sehingga kini masih belum menemui seorang penyerang berbisa seperti kali terakhir legasi tersebut ditinggalkan oleh Safee Sali.

Ketika ini Malaysia hanya memiliki Darren Lok sahaja sebagai penyerang tulen dengan kebanyakan pemain lain lebih bertindak selaku sokongan buat serangan.

Pada pandangan anda, siapa lebih layak dipanggil selepas ini untuk bersama-sama Darren di posisi utama serangan negara?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN