Presiden PSSI Tidak Puas Hati Dengan Penghijrahan Pemain Indonesia Ke Liga Malaysia

Ketum atau Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Edy Rahmayadi tidak begitu berpuas hati dengan penghijrahan ramai-ramai pemain terbaik Indonesia ke Liga Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada laman bolasepak dari Indonesia, bolasports.com kerana bimbang akan beri kelebihan kepada jurulatih skuad kebangsaan Malaysia untuk mengkaji corak permainan pemain kebangsaan Indonesia yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Minggu lalu, bintang muda Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Udin Armayin telah menandatangani kontrak untuk menyertai pasukan Selangor.

Selain Evan dan Ilham, seorang lagi pemain Indonesia iaitu Terens Puhiri dikhabarkan akan menyertai salah satu pasukan Liga Super.

“Siapa mereka? Enak saja mengontrak-ngontrakan,” kata Edy kepada media Indonesia.

Dikhabarkan Evan Dimas menjadi salah satu pemain termahal Indonesia dalam Liga Malaysia.

Evan Dimas bakal memperkuatkan jentera tengah pasukan Selangor musim depan.

“Kalau mata duitan, ya report juga kepada kita. Tak ada jiwa nasionalisme. Nanti akan saya kumpulkan segera,” kata Edy.

Evan Dimas dan Ilham Udin merupakan tonggak utama skuad Indonesia bawah 23 tahun yang akan beraksi dalam saingan Sukan Asia 2018.

PSSI menetapkan sasaran layak ke separuh akhir dalam acara bola sepak Sukan Asia.

Dua pemain ini juga berjaya membawa Bhayangkara FC menjuarai liga Indonesia musim ini dan ingin dikekalkan oleh pengurusan pasukan itu.

Tetapi tawaran gaji lumayan yang ditawarkan oleh pasukan Selangor menyebabkan dua pemain memilih untuk berhijrah ke Liga Malaysia musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN