Sathia Tidak Setuju Dengan Cadangan Pembubaran Felda United

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno Bahagian Bera, Mohd Zoolihsan ketika berucap di Perhimpunan Agung Pemuda Umno mencadangkan kelab bola sepak Felda United dibubarkan kerana dianggap pembaziran.

Katanya, peruntukan untuk kelab bola sepak itu sepatunya disalurkan untuk menampung perbelanjaan program untuk manfaat golongan muda di tanah rancangan Felda.

“Walaupun kerajaan menyediakan bajet membina rumah untuk generasi kedua FELDA, kita boleh guna peruntukan berjuta ringgit hasil pembubaran pasukan ini. Jika dipersetujui ia dapat digunakan untuk pembinaan kediaman golongan muda (FELDA).

“Perkara ini tidak berani disebut orang, tetapi biarlah Pemuda UMNO Pahang bangkit menyuarakannya dalam perhimpunan ini.

“Tambahan pula, kesebelasan utama pasukan FELDA United bukan dalam kalangan generasi kedua FELDA. Jangan menang sorak kampung tergadai,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO.

Felda United / Foto: Asiana.my

Mengulas tentang pandangan Ketua Pemuda Umno itu, pengendali Felda United, B Sathianathan menyifatkan desakan Felda United dibubarkan dari kancah Liga Malaysia tidak masuk akal dan beri pandangan hanya mengikut perasaan.

Sathia bercakap kepada Sinar Harian berpendapat ketua pemuda Umno itu sepatutnya kaji dahulu kesan jika kelab ini dibubarkan.

“Dia (Zoolihsan) tahu tak kalau kelab ini dibubar, ia bukan hanya jejaskan 30 pemain dan 20 pegawai, tetapi ia juga boleh menyebabkan beratus-ratus peniaga di Jengka hilang mata pencarian?

“Beratus-ratus peniaga ini boleh saya katakan 98 peratus adalah orang Bumiputera. Logik tak? Sedangkan dia ketua pemuda Umno.

“Ya, saya tahu, dia masih muda, mungkin darahnya sedikit gemuruh atau mungkin dia terlalu sayangkan Felda, tetapi janganlah bercakap mengikut perasaan. Dia kena kaji secara menyeluruh sebelum berucap,” katanya.

B. Sathianathan – Felda United/ Foto: Asiana.my

Bekas Pengendali The Gladiators dan The Red Warrios ini turut melihat kenyataan Zoolihsan yang mengatakan tiada anak peneroka beraksi untuk Felda United juga adalah kenyataan salah sama sekali.

“Dia kata tak ada anak peneroka dalam pasukan? Tahu tak, saya ada empat anak peneroka dalam pasukan utama?

“Kemudian, saya nak beritahu kami juga ada skuad Piala Presiden yang mana, 70 peratus daripada pemain ini adalah anak peneroka Felda.

“Itu belum tambah lagi dengan pemain Piala Belia dan akademi kami yang 80 peratus daripadanya juga adalah anak peneroka,” katanya.

Jelas Sathianathan, wakil politik tidak seharusnya menjadikan isu kegagalan kelab itu mendapatkan lesen Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai isu besar sehingga sanggup mencadangkan supaya kelab ini dibubarkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN