Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan isteri adalah antara jemputan yang menghadiri majlis perkahwinan bintang Arsenal, Mesut Ozil pada Jumaat lalu.
Bekas pemain skuad kebangsaan Jerman, Ozil dan pasangannya Amine Gulse mengakhiri zaman bujang masing-masing di Istanbul dalam satu majlis serba indah, yang turut dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat.
Pada bulan lalu, pemain tengah Arsenal dan pasangannya dikatakan hadir ke Turki untuk satu majlis makan malam bersama Presiden Turki itu untuk menyerahkan jemputan majlis perkahwinan mereka.
Video: Mesut Özil & Amine Gülse got married with Turkey president Recep Tayyip Erdogan & his wife, Emine, as witnesses at the ceremony in Istanbul. #afc pic.twitter.com/S4ir8YnQUJ
— afcstuff (@afcstuff) June 7, 2019
Nyata Presiden Turki itu tidak mempunyai masalah untuk menghadiri majlis tersebut, apabila turut dilihat menandatangani dokumen sebagai saksi majlis perkahwinan kedua-dua pasangan.
Erdogan disertai oleh isteri beliau, Emine dilihat berdiri bersebelahan pasangan mempelai tersebut ketika upacara perkahwinan, berlatarbelakangkan Selat Bosporus.
Hubungan Ozil dan Presiden Turki itu semakin kuat, namun tidak disambut baik oleh negara kelahiran Ozil, Jerman.
Presiden Turki itu dianggap sebagai individu kontroversi di Jerman dan tidak mempunyai hubungan baik dengan kerajaan.
Turkish president Recep Tayyip Erdogan appears as a guest at Mesut Ozil’s wedding in Istanbul https://t.co/kZ1C2M2P47 pic.twitter.com/hMUQ5C9UiJ
— MailOnline Sport (@MailSport) June 7, 2019
Ozil sendiri mencetuskan kontroversi pada Mei tahun lalu apabila menyerahkan jersi Arsenal dengan tandatangan beliau dalam satu pertemuan di London. Pertemuan tersebut dikritik pengurus pasukan kebangsaan Jerman, Oliver Bierhoff yang mencadagkan pemain itu digugurkan daripada pasukan.
Ozil mempertahankan pertemuan tersebut, sebelum mengambil keputusan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia di Rusia yang lalu.