Quantcast

KOMUNITI

RM5,000 Bakal Nanti Juara Saingan Kuala Lumpur & Ampang City League

Pasukan bola sepak sosial/amatur terutamanya di Lembah Klang berpeluang membuktikan kehebatan selepas menjalani ibadah puasa dan menikmati Hari Raya Aidilfitri apabila dua kejohanan yang menawarkan hadiah bernilai RM5,000 menanti juara bakal diadakan pada bulan Jun dan Julai ini.

Dua kejohanan yang dimaksudkan adalah Kuala Lumpur City League yang akan diadakan 17 Jun dan juga Ampang City League pada 1 Julai nanti.

Rhino Arena Kelab Sultan Sulaiman merupakan gelanggang rasmi buat Kuala Lumpur City League dan Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah dipilih untuk saingan Ampang City League.

Selaras dengan matlamat utama penganjur kejohanan, City League ini diwujudkan seiring dengan kehadiran kelab-kelab bola sepak sosial/amatur yang kian bertambah pada ketika ini.

Walaupun hanya berstatus pasukan sosial, City League memberikan ruang cukup luas dan pengalaman berguna buat pasukan-pasukan tersebut untuk merasai pengalaman menyertai liga berkualiti yang diuruskan secara profesional.

Format pertandingan

Kedua-dua kejohanan akan diadakan secara format liga satu pusingan dimana ia akan melibatkan kira-kira 10 hingga 16 pasukan bagi setiap liga.

Pasukan yang muncul sebagai juara akan membawa pulang piala pusingan liga, medal serta menerima hadiah wang tunai bernilai RM5,000 manakala pasukan tempat kedua dan ketiga juga akan menerima wang tunai.

Sementara itu, City League juga bakal mengiktiraf pemain yang dilihat menonjol sepanjang liga berlangsung dengan memperkenalkan anugerah pemain terbaik liga serta penjaring terbanyak.

 

Menurut sumber di laman Facebook rasmi MY City League, hadiah tersebut akan bertambah sekiranya pihak penganjur dapat membawa masuk penaja-penaja baru yang kini sedang dalam fasa perbincangan lanjut.

Untuk makluman semua, 10 Jun adalah merupakan tarikh tutup pendaftaran untuk pasukan yang ingin turut serta bersaing dalam Kuala Lumpur City League manakala Ampang City League pula pada 23 Jun ini.

Bagi pasukan yang berminat untuk menyertai liga ini, wakil pasukan boleh menghubungi nombor yang tertera pada poster di atas dan juga di talian 017-4447478 untuk sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran.

Peluang ‘jual’ bakat pemain dan publisiti pasukan bertanding

Selain daripada bakal menikmati penganjuran bola sepak dengan teratur dan profesional, setiap perlawanan City League juga akan disiarkan secara ‘online streaming’ di Facebook rasmi Balrz.tv dan MyCujoo.

Sehubungan dengan itu, berita baik ini juga bakal memberikan ruang buat para pemain untuk ‘menjual’ bakat mereka dengan mempamerkan kualiti sebenar yang dimiliki.

Ia juga sedikit sebanyak dapat memberikan peluang buat kelab bertanding dalam meningkatkan publisiti pasukan. Manalah tahu jika terdapat penaja yang tertarik dengan aksi pasukan anda selepas menyaksikannya di ‘online streaming’ tersebut.

Semuanya BOLA sebagai rakan strategik City League

Bagi menyokong perkembangan bola sepak sosial/amatur yang kian berkembang di tanah air, Semuanya BOLA turut mengorak langkah dengan menjalinkan hubungan erat bagi menjadi rakan strategik buat City League.

Dengan sokongan anda yang tidak jemu bersama kami, Semuanya BOLA akan memberikan liputan sepanjang liga ini berlangsung.

Oleh itu, jangan ketinggalan buat pasukan anda untuk menyertai City League ini!

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!