Premier League Bersambung, Apa Lagi Yang Boleh Dikejarkan Pasukan?

Wan-Bissaka Premier League

Saingan Premier League telah secara rasminya memilih 17 Jun 2020 sebagai sambungan kepada liga yang tertangguh kerana wabak Covid-19.

Maka bergembiralah ramai peminat bola sepak di seluruh dunia apabila liga paling ramai pengikutnya ini bakal menyambung semula saingannya.

Namun, apakah yang bakal menjadi rebutan 20 pasukan yang beraksi ini berbaki 92 perlawanan saingan liga untuk dihabiskan sesama mereka?

Misi ke Eropah

Menurut laporan BBC Sport, disaat siapakah bakal muncul juara sudah menemui jawapan, persaingan untuk ke UEFA Champions League (UCL) masih lagi terbuka untuk direbut.

Kedudukan kedua hingga keempat kini dihuni oleh Manchester City (57 mata), Leicester City (53 mata) dan Chelsea (48 mata).

Dengan Manchester City kini dinafikan hak bermain di UCL selepas melanggar peraturan Financial Fair Play oleh UEFA, baki slot ke UCL jatuh kepada mana-mana pasukan yang menamatkan saingan di tangga kelima.

Setakat ini, Manchester United menghuni kedudukan tersebut dengan 45 mata – 3 mata dibelakang Chelsea.

Namun begitu, ianya belum lagi selesai untuk pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer apabila pasukannya diekori rapat oleh Wolverhampton Wanderers dan Sheffield United yang hanya dua mata dibelakang mereka.

Jadi, pastinya cukup sengit untuk menyaksikan siapakah bakal mengisi slot terakhir itu hingga ke penghujung saingan.

Berjuang untuk kekal

Perjuangan untuk terus kekal dalam saingan Premier League akan diteruskan oleh Bournemouth, Aston Villa dan Norwich City.

Ketiga-tiga pasukan kini menduduki tangga terbawah liga dengan Aston Villa mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan berbanding pesaing mereka.

Saingan untuk terus kekal ini bukanlah melibatkan tiga pasukan yang disebutkan itu sahaja. Sebaliknya, beberapa pasukan di luar zon penyingkiran pun turut terancam dengan situasi ini.

Watford, West Ham United dan Brighton and Hove Albion kesemuanya masih belum selamat ketika ini.

Berikut merupakan kedudukan 5 terbawah Premier League setakat ini:

15. Brighton and Hove Albion (29 mata)
16. West Ham United (27 mata)
17. Watford (27 mata)
18. Bournemouth (27 mata)
19. Aston Villa (25 mata)
20. Norwich City (21 mata)

Perebutan kasut emas

Saingan untuk merebut kasut emas bakal bersambung dengan persaingan cukup menarik walaupun terdapat sedikit kelebihan memihak pendahulu.

Pendahulu yang merupakan penyerang Leicester City, Jamie Vardy kini memperoleh 19 gol tetapi beliau cuma berkelebihan dua gol sahaja dihadapan pencabarnya.

Vardy diekori rapat oleh dua daripada tiga pemenang kasut emas musim lalu iaitu Pierre-Emerick Aubameyang (17 gol) dan Mohamed Salah dengan 16 gol.

Sambil itu, Sergio Aguero turut mencatatkan 16 gol serta Danny Ings memperoleh 15 gol.

Jadi siapakah bakal memperoleh kasut emas kali ini di Premier League?

Baca juga artikel kami mengenai Premier League:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN