Premier League Sahkan Empat Lagi Kes Positif Dicatatkan

Premier League

Premier League telah mengesahkan terdapat empat lagi kes baharu wabak berbahaya, COVID-19 dicatatkan susulan ujian ketiga yang dilakukan di tiga kelab besar saingan tersebut, menurut laporan dikeluarkan Goal.

Kelab-kelab tersebut bagaimanapun masih lagi mengambil pendekatan ‘tutup mulut’ bagi merahsiakan identiti individu yang disahkan positif.

”Premier League telah mengesahkan bahawa pada hari Isnin 25 Mei dan Selasa 26 Mei, seramai 1008 orang pemain serta kakitangan kelab telah menjalani ujian saringan COVID-19.”

”Sehubungan dengan itu, terdapat empat kes positif dicatatkan daripada empat kelab. Pemain atau kakitangan kelab yang disahkan positif akan menjalani pengasingan diri untuk tempoh selama tujuh hari.”

”Sebelum ini, antara 19-22 Mei, seramai 996 permain dan kakitangan kelab telah diuji, di mana dua orang dikesan positif daripada dua kelab.”

”Sebanyak 748 pemain dan kakitangan kelab disaring pada 17-18 Mei, dengan enam ujian positif daripada tiga kelab dicatatkan.”

”Untuk ujian saringan pusingan keempat, jumlah ujian yang tersedia bagi setiap kelab akan meningkat dari 50 ke 60.”

”Premier League akan memberikan informasi ini demi integriti dan ketelusan saingan ini. Tidak ada perincian khusus mengenai kelab dan pemain yang akan diberikan oleh liga [Premier League] dan keputusan akan dihebahkan kepada umum selepas setiap pusingan ujian dijalankan,” menurut kenyataan dikeluarkan Premier League.

Berdasarkan laporan sebelum ini, ujian pusingan pertama menyaksikan pertahanan Watford, Adrian Mariappa serta pembantu pengurus Burnley, Ian Woan menjadi individu yang dijangkiti.

Kemudiannya, penjaga gol Bournemouth, Aaron Ramsdale turut menerima nasib yang sama ketika ujian saringan pusingan kedua.

Kredit featured image: Mike Hewitt/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai COVID-19 dalam saingan EPL:

Leave a Reply