RASMI: FA Cup Disambung Semula Pada 27 Jun 2020

Manchester City FA Cup

Saingan FA Cup bakal disambung semula pada penghujung Jun ini selepas ianya telah disahkan oleh pihak FA England – lapor Sky Sports.

Rentetan dari pengumuman Premier League yang menyambung semula saingan mereka, mereka juga telah menetapkan beberapa tarikh untuk perlawanan diadakan semula.

27 dan 28 Jun telah dipilih sebagai tarikh untuk saingan suku akhir saingan tersebut sementara 11 dan 12 Julai dipilih sebagai tempoh pelaksanaan perlawanan separuh akhir.

Pihak FA England juga memilih untuk menetapkan 1 Ogos sebagai tarikh untuk mengadakan perlawanan akhir.

Dalam kenyataan mereka, FA England berterima kasih kepada Premier League yang memberikan kerjasama untuk memastikan tiada kekejangan perlawanan akibat jadual yang padat dalam waktu sukar ini.

“Kami cukup gembira apabila mengumumkan tarikh permulaan semula saingan ini bagi musim 2019/2020.”

“Kejohanan ini telah menjadi sebahagian besar kepada kalendar bola sepak Inggeris untuk 150 tahun, kami berterima kasih kepada Premier League kerana memberikan bantuan dalam menyusun semula perlawanan dalam waktu yang cukup sukar ini.”

Tidak hairan kenapa FA England mendapatkan bantuan daripada Premier League kerana kesemua lapan pasukan terakhir dalam saingan adalah dari saingan tertinggi bola sepak England itu sendiri:

  • Leicester City lawan Chelsea
  • Newcastle United lawan Manchester City
  • Sheffield United lawan Arsenal
  • Norwich City lawan Manchester United

Baca juga artikel kami mengenai FA Cup:

Leave a Reply